Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Bakal Perkenal Cip Gen Ke-10 Siri H Baru, Prestasi 8 Teras Dengan Kelajuan Lebih Dari 5Ghz

Intel Bakal Perkenal Cip Gen Ke-10 Siri H Baru, Prestasi 8 Teras Dengan Kelajuan Lebih Dari 5Ghz

Diterbitkan Januari 6, 2020 · Dikemas kini Januari 6, 2020 oleh Amalina Athman

Untuk CES 2020, Intel mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan cip pemprosesan mudah alih Gen Ke-10 Siri H yang baharu. Buat kali pertamanya, cip ini bakal menawarkan kelajuan melebihi 5GHz.

Intel Bakal Perkenal Cip Gen Ke-10 Siri H Baru, Prestasi 8 Teras Dengan Kelajuan Lebih Dari 5Ghz

Gen Ke-10 Siri H dengan Core i7 bakal menawarkan kelajuan lebih pantas daripada Core i9-9980HK yang sedia ada (mempunyai kelajuan maksima 5GHz). Untuk cip pemprosesan Core i9 pula, prestasinya akan lebih pantas, menawarkan sehingga 8 teras dan 16 bebenang kuasa dengan kelajuan maksimum melebihi 5GHz.

Seperti cip Intel Gen ke-10 yang lain, ia dijangka mempunyai sistem dengan Wi-Fi 6, Thunderbolt 3 dan menyokong Optane Memory.

Intel masih belum mendedahkan tarikh pelancaran bagi cip ini, namun ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Forbes, Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iQOO 16 Dipacu Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi Cari Bakat Bola Sepak Dipacu AI Akan Diperkenal Di Eropah
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
  • SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa
  • 1Password Sahkan Sistem Dalaman Diceroboh, Maklumat Akaun Sebahagian Pengguna Dicuri
  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
©2026 WISER.MY