Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ninja Van

Insulin, Suntikan & Ubat Kritikal Kini Dihantar Ke Rumah Dengan Ninja

Diterbitkan Mac 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Ninja Van Malaysia telah menandatangani MOU dengan Esyms, sebuah platform penjagaan kesihatan digital, bagi memperluaskan perkhidmatan penghantaran ubat rantaian sejuk pertama di Malaysia, Allmeds. Kerjasama ini mengintegrasikan Ninja Cold, perkhidmatan logistik rantaian sejuk oleh Ninja Van, untuk memastikan penghantaran ubat sensitif suhu yang lebih pantas, selamat, dan boleh dipercayai, terutama ke kawasan luar Lembah Klang.

Dengan pengurusan suhu antara 2°C hingga 8°C, penjejakan masa nyata, serta pensijilan Amalan Pengedaran Baik Peranti Perubatan (GDPMD), perkhidmatan ini memudahkan pesakit mendapatkan ubat kritikal seperti insulin, titis mata, dan suntikan khas tanpa perlu ke hospital, sekali gus mengurangkan kesesakan fasiliti kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Lin Zheng, menekankan bahawa permintaan logistik rantaian sejuk di Malaysia semakin meningkat, dengan pasaran dianggarkan bernilai RM2.5 bilion pada 2023 dan dijangka mencapai RM68.54 bilion di ASEAN menjelang 2030. Namun, cabaran utama masih terletak pada infrastruktur penghantaran dan pemantauan masa nyata.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Esyms Group, Lam Wee Yong, menegaskan bahawa kerjasama ini mengukuhkan rantaian bekalan dan membantu membawa perkhidmatan farmasi terus ke depan pintu pesakit. Dengan penyelesaian inovatif dalam penjagaan kesihatan dan logistik, penghantaran ubat kini lebih cepat, selamat, dan lancar berbanding sebelum ini.

Berkaitan

  • Jangan Terpedaya Dengan 'Scammer' Menyamar Sebagai Wakil Ninja Van
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Ninja Van Perkenal Ninja Cold Untuk Penghantaran Barang Sensitif Suhu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY