Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ninja Van Perkenal Ninja Cold Untuk Penghantaran Barang Sensitif Suhu

Ninja Van Perkenal Ninja Cold Untuk Penghantaran Barang Sensitif Suhu

Diterbitkan Februari 19, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amalina Athman

Ninja Van Malaysia kini melancarkan Ninja Cold, perkhidmatan yang direka untuk memastikan penghantaran barangan sensitif suhu dengan selamat dan cekap.

Ninja Cold menyasarkan segmen rantaian sejuk perniagaan ke pengguna (B2C) dan perniagaan ke perniagaan (B2B).

Ninja Cold – Presentation Deck-18
Ninja Cold – Presentation Deck-9

 

Perkhidmatan ini menawarkan penyelesaian logistik menyeluruh yang menggabungkan teknologi canggih, kecekapan operasi, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar untuk makanan, minuman, farmaseutikal dan barangan mudah rosak yang lain. Antaranya termasuk:

  • Memastikan produk kekal pada suhu optimum sepanjang setiap peringkat dalam proses logistik.
  • Ninja Cold menawarkan penghantaran keesokan hari di Lembah Klang dan penghantaran 1-3 hari untuk lokasi di luar Lembah Klang.
  • Menggunakan kotak penebat boleh guna semula dan plat penyejuk bertaraf makanan untuk mengekalkan suhu hingga -20℃ selama 24 jam, mengurangkan keperluan untuk styrofoam dan pek ais guna sekali serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
  • Teknologi canggih memberikan perniagaan dan pelanggan penjejakan masa nyata serta keterlihatan operasi, meningkatkan pengalaman penghantaran secara keseluruhan.
IMAGE 5
Ninja Cold – Presentation Deck-15
Ninja Cold – Presentation Deck-13
Ninja Cold – Presentation Deck-12
Ninja Cold – Presentation Deck-16

Ninja Cold turut mematuhi piawaian halal, di mana sebarang pelanggaran seperti penghantaran makanan tidak halal dan alkohol akan mengakibatkan pelupusan, penyenaraian hitam dan caj sanitasi.

Selain itu, perkhidmatan ini juga tidak menerima penghantaran senjata api, dadah, bahan berjangkit, barangan tiruan, tembakau serta barangan bernilai tinggi seperti emas dan antik.

Dari segi kadar penghantaran, ia bergantung pada berat barangan dan lokasi penghantaran. Sebagai contoh, kadar penghantaran bermula dari RM17 bagi 5kg di kawasan Lembah Klang, manakala bagi kawasan di luar Lembah Klang bermula dari RM22 untuk berat yang sama.

Ninja Van Perkenal Ninja Cold Untuk Penghantaran Barang Sensitif Suhu

Ninja Cold akan beroperasi dengan trak berwarna biru yang dilengkapi label “Ninja Cold”, membezakannya daripada trak merah Ninja Van.

Berkaitan

  • Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock
  • DJI Uji Servis Penghantaran Guna Dron Pertama Di Dunia Di Gunung Everest
  • Uber Dan Wing Cuba Realisasikan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Siaran Media Ninja Van Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY