Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Dengan Rasminya Mengadakan Ujian Menyembunyikan Kiraan ‘Likes’ Dan ‘Viewers’

Instagram Dengan Rasminya Mengadakan Ujian Menyembunyikan Kiraan ‘Likes’ Dan ‘Viewers’

Diterbitkan Mei 1, 2019 · Dikemas kini Mei 1, 2019 oleh Haikel Areff

Perkara utama yang selalu pengguna utamakan apabila memuat naik gambar atau video di Instagram adalah Likes atau Viewers yang kadang kala memudaratkan pengguna kerana ingin mencari populariti dalam sesuatu perkongsian.

Instagram Dengan Rasminya Mengadakan Ujian Menyembunyikan Kiraan ‘Likes’ Dan ‘Viewers’

Akan tetapi perkara ini diketengahkan oleh ketua aplikasi tersebut, Adam Mosseri, dengan memberi idea untuk mengatasi masalah ini dengan menyembunyikan dua statistik tersebut yang dikhabarkan ujiannya akan bermula dalam masa terdekat di Canada.

Menurut Mosseri, profil pengguna akan direka semula bagi menampakkan kiraan Followers kurang penting.

Jika update ini betul betul dilaksanakan, Instagram bakal mengutamakan konsep self-expression dari mencari populariti.

Instagram Dengan Rasminya Mengadakan Ujian Menyembunyikan Kiraan ‘Likes’ Dan ‘Viewers’

“Kami mengkaji selidik perkara ini kerana kami mahu followers untuk fokus terhadap gambar dan video yang kamu kongsi, bukan berapa banyak likes yang mereka dapat.”

Dalam mengatasi masalah isu buli di sosial media

Mosseri juga mengatakan perkara ini adalah untuk mengatasi masalah buli di media sosial, terutama sekali di Instagram dan menjadi contoh kepada platform lain dalam melakukan perkara yang sama. Oleh itu, beliau berharap kajian ini dapat menjadikan aplikasi atau laman sesawang Instagram bersifat kurang toksik dan kebencian.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY