Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Boleh Menukar Wang Yang Rosak Atau Sudah Luput Kepada Wang Baru

Insiden Pencerobohan Data iPay88 Tidak Libatkan Kelemahan Sistem Institusi Perbankan – BNM

Diterbitkan Ogos 12, 2022 oleh ariff bukhari

Selepas insiden pencerobohan data yang diumumkan oleh iPay88 (M) Sdn. Bhd, Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa ia tidak melibatkan kelemahan dalam sistem institusi perbankan.

Sebaliknya pencerobohan itu hanya berpunca daripada dan terbatas pada sistem pembayaran kad iPay88 sahaja.

Walaubagaimanapun, BNM menegaskan bahawa siasatan forensik masih dijalankan.

BNM dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan, institusi kewangan di Malaysia mengamalkan kaedah pengesahan yang mantap bagi transaksi kad secara dalam talian, termasuk memaklumkan pemegang kad dengan segera untuk pengesahan lanjut apabila terdapat transaksi yang dianggap lebih berisiko.

Berkaitan

  • Cara Memohon Gantian MyKad Yang Hilang Atau Rosak Secara Dalam Talian
  • iPay88 Sahkan Ada Pencerobohan Data, Maklumat Kad Pengguna Mungkin Dicuri
  • Elak Kad Pengenalan Disalah Guna, JPN Saran Untuk Lakukan Ini

Berikutan insiden itu, BNM telah mengarahkan bank-bank untuk segera memaklumkan pemegang kad yang terlibat tentang langkah-langkah perlindungan tambahan yang akan diambil untuk terus melindungi pengguna daripada risiko penipuan transaksi atau transaksi tanpa kebenaran.

Bank-bank juga telah mempertingkatkan pengurusan risiko penipuan serta memantau aktiviti yang mencurigakan atau aktiviti penipuan yang menggunakan kad-kad yang terlibat.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk segera memaklumkan kepada bank pihak jika terdapat transaksi luar daripada kebiasaan atau transaksi tanpa kebenaran yang menggunakan kad mereka.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY