Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipday88

iPay88 Sahkan Ada Pencerobohan Data, Maklumat Kad Pengguna Mungkin Dicuri

Diterbitkan Ogos 11, 2022 · Dikemas kini Ogos 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Penyedia perkhidmatan transaksi dalam talian, iPay88 mengeluarkan kenyataan rasmi melaporkan terdapat kemalangan sekuriti siber di mana data kad pengguna mungkin dicuri penggodam.

Menyedari hal itu, syarikat pada 31 Mei lalu terus menjalankan siasatan dan melakukan usaha termasuk membawa masuk pakar sekuriti siber untuk mengelakkan menjadi lebih parah.

Usaha tersebut nampaknya berjaya dengan tiada lagi aktiviti mencurigakan dikesan sehingga 20 Julai lalu, menurut iPay88.

Berkaitan

  • Ini 5 Taktik Penipuan Scammer Mengaitkan LHDN Bagi Menipu Mangsa
  • PDRM: SMS Beritahu Duit Masuk TNG eWallet Dengan Pautan Palsu Ialah ‘Scam’
  • Ini Perbezaan Taktik 'Scam' Guna Pancingan Data Phishing, Vishing Dan Smishing

Mereka juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif baru untuk mengelakkan ancaman semacamnya berulang lagi pada masa akan datang.

Siasatan masih dijalankan dan syarikat itu juga bekerjasama dengan pihak berkuasa dan berkaitan tentang isu tersebut.

Maklumat lanjut dan dapatan siasatan akan dikongsikan iPay88 kelak.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempertikai tindakan syarikat itu yang hanya melaporkannya selepas 2 bulan ia berlaku.

Dia juga menggesa firma komersial harus dijatuh hukuman sama ada didenda atau dibawa ke mahkamah kerana gagal menjaga data pengguna.

Sumber: iPay88, FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY