Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insiden iPay88: K-KOMM Ambil Tindakan Serta Merta

Insiden iPay88: K-KOMM Ambil Tindakan Serta Merta

Diterbitkan Ogos 13, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lepas, penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 melalui satu kenyataan telah mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data pengguna.

Berikutan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memaklumkan telah mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden tersebut.

Berkaitan

  • iPay88 Sahkan Ada Pencerobohan Data, Maklumat Kad Pengguna Mungkin Dicuri
  • Insiden Sekuriti iPay88, Kad Bank Boleh Diguna Seperti Biasa - Persatuan Bank
  • Insiden Pencerobohan Data iPay88 Tidak Libatkan Kelemahan Sistem Institusi Perbankan - BNM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada 12 Ogos.

Menurutnya, kes ini masih dalam siasatan lanjut oleh vendor iPay88 iaitu SISA dari Singapura yang sudah mengenal pasti jenis ancaman menggunakan ‘Cobalt Strike.’

Pelayan yang terjejas juga sudah dikeluarkan daripada talian bagi tujuan siasatan lebih lanjut. Tambahnya, bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna. Sebaliknya, data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan.

Dalam pada itu, Annuar juga berkata pihak iPay88 memaklumkan bahawa isu kebocoran data peribadi pengguna belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.

Bagaimanapun, siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada JPDP dan CSM oleh pihak iPay88.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY