Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tol paydirect tng

KPDN Tubuh Pasukan Khas Teliti Isu Sistem Pembayaran Touch ‘n Go

Diterbitkan Januari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch ‘n Go (TNG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.

Berkaitan

  • Ini 5 Perkara Yang Akan Dilakukan TNG Pada 2023 Berkenaan Isu 'Scam'
  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu pasukan khas yang dipimpin oleh Ketua Setiausaha KPDN telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan bedah siasat terhadap isu ini secara terperinci, untuk diselesaikan dalam masa terdekat.

Di peringkat awal, beliau telah mengarahkan unit khas itu untuk menilai setiap aduan awam yang diterima, dan sekali gus mengenal pasti punca masalah. Sebarang cadangan terhadap pelaksanaan tindakan turut akan diteliti bagi memastikan beban yang dialami pengguna dapat dikurangkan dengan kadar segera.

Tambahnya, syarikat monopoli bayaran tol TNG juga telah diarah untuk mengemukakan laporan mengenai perkhidmatan itu kepada kementeriannya secara berkala.

Laporan perlu dihantar kepada kementerian, kes demi kes secara harian, manakala tindakan akan diambil jika gagal berbuat demikian.

Dalam pada itu, Salahuddin menjangkakan satu mesyuarat khusus antara KPDN dan TNG akan diadakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY