Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad TNG

Touch ‘n Go Diarah Ambil Enam Tindakan Ini Dengan Segera

Diterbitkan Januari 26, 2023 · Dikemas kini Januari 26, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam sesi libat urus yang berlangsung pada 25 Januari, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan pertemuan bersama beberapa pihak, termasuk wakil Touch ‘n Go (TNG) bagi membincangkan isu berhubung perkhidmatan yang ditawarkan.

Berkaitan

  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Touch 'n Go Perkenal Ciri Baharu "Money Packet"
  • Cara Mudah Bagi 'Angpau' Melalui Money Packet TNG eWallet
  • Elak Kekeliruan, Kerajaan Saran Tukar Nama Kad Visa TNG Kepada Jenama Lain

Antara permasalahan yang dibincangkan termasuk kesukaran untuk memperolehi kad TNG, tempoh tamat kad TNG yang tidak disedari serta kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang dalam kad dan proses pemindahan baki ke kad TNG baharu yang mengambil masa lama.

Selain itu, isu berkaitan penggunaan kad Visa, penjualan kad TNG oleh pihak ketiga, kesukaran menambah nilai baki TNG dan sebagainya.

Hasil perbincangan sesi libat urus itu, pihak TNG telah diarahkan untuk melaksanakan enam tindakan segera seperti di bawah.

1. Tambah bilangan pusat jualan kad

Pihak TNG perlu menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar.

2. Notifikasi awal kad luput

Melaksanakan advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput.

3. Percepat proses bayaran balik

Touch ‘n Go juga perlu menambahbaik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki.

4. Tukar nama kad Visa

Menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad visa diterima, serta tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam.

Kerajaan juga menyarankan untuk menukar nama kad visa tersebut supaya tidak mengelirukan pengguna, memandangkan perkataan ‘’Touch ‘n Go” sinonim dengan sistem pembayaran tol.

5. Turunkan iklan kad TNG daripada pihak ketiga

Mengeluarkan arahan kepada penyedia perkhidmatan kedai dalam talian untuk mengambil tindakan, dengan menurunkan iklan jualan kad TNG daripada pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual daripada pihak syarikat TNG.

6. Sediakan pelan tindakan susulan

Syarikat Touch ‘n Go juga diberi tempoh satu minggu untuk menyediakan pelan tindakan susulan seterusnya.

Sebagai tambahan, Bahagian Penguatkuasaan KPDN akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menjual TNG melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Sumber: Salahuddin Ayob

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY