Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng visa (2)

Elak Kekeliruan, Kerajaan Saran Tukar Nama Kad Visa TNG Kepada Jenama Lain

Diterbitkan Januari 26, 2023 ยท Dikemas kini Januari 26, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayob kini memaklumkan kerajaan menyarankan kepada Touch ‘n Go (TNG) untuk mengubah nama kad visa supaya tidak mengelirukan pengguna, memandangkan perkataan “Touch ‘n Go” sinonim dengan sistem pembayaran tol.

Berkaitan

  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa

Ia merupakan antara tindakan segera yang diarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam sesi libat urus bersama Pasukan Tugas Khas termasuk wakil syarikat TNG, bagi membincangkan isu berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan khususnya terhadap pengguna lebuh raya.

Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk, pihak TNG perlu mengadakan advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang di mana kad visa itu diterima. Kad itu tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam.

Sumber: Salahuddin Ayob

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY