Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Harga Jualan Asus ROG Phone Yang Dijual Di Finland

Inilah Harga Jualan Asus ROG Phone Yang Dijual Di Finland

Diterbitkan Ogos 7, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pasaran peranti yang memfokuskan permainan mudah alih semakin hangat dengan kehadiran Asus ROG Phone.

Diperkenalkan awal Jun yang lalu, Asus Malaysia ada memberi bayangan mengenai ketibaannya untuk pasaran Malaysia. Perkara tersebut turut dikuatkan lagi dengan pembukaan daftar minat yang dibuka oleh salah satu pengedar telefon pintar popular tanah air.

Tarikh sebenar serta harga pasarannya masih menjadi tanda tanya peminat.

Screen Shot 2018-08-07 at 5.36.31 PM

Namun begitu, melalui pra-tempah yang mula dibuka di Finland, kita boleh membayangkan nilai dagangan yang bakal diletakkan pada peranti gaming tersebut.

Telia, syarikat telco di Finland telah mula mengambil pra-tempah untuk Asus ROG Phone dengan harga €999 bersamaan ~RM 4716.76 mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.

Turut diselitkan sekali dalam pra-tempah tersebut adalah fon kepala ROG Delta bernilai €199 (~RM939.57).

Harga pasaran untuk pasaran Malaysia mungkin berbeza dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari Asus Malaysia.

Sumber: Telia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY