Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-07-24 at 5.35.19 PM

Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Julai 24, 2018 oleh Haikel Areff

Pengedar sah bagi Asus di Malaysia, DirectD hari ini telah membuka pendaftaran minat bagi peranti menfokuskan permainan video dari Asus, ROG Phone buat pengguna di Malaysia hari ini. Pengumuman berkenaan pendaftaran minat itu dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Screen Shot 2018-07-24 at 5.36.35 PM

Asus sebelum ini telah memperkenalkan tiga peranti baru iaitu Zenfone Max Pro M1, Zenfone 5 dan Zenfone 5Z buat pasaran tempatan. Kehadiran Asus ROG Phone ini pula pasti akan menunjukkan betapa seriusnya pihak Asus dalam mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap mereka.

Menurut kiriman yang dibuat oleh pihak DirectD, mereka menyatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan dua pilihan variasi iaituĀ 8GB RAM + 128GB ROM danĀ 8GB RAM + 512GB ROM. Hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, sesuai dengan statusnya sebagai peranti untuk bermain permainan video.

Bagaimanapun, tiada sebarang makumat berkenaan tarikh pelancaran serta harga peranti tersebut telah dinyatakan. Namun, ramai menganggarkan peranti itu tidak jauh lebih mahal berbanding Asus Zenfone 5Z yang turut hadir dengan cip pemprosesan yang sama.

Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat

Selain itu, Asus juga perlu memastikan harga yang mereka tawarkan mampu bersaing dengan harga-harga peranti yang menyaingi mereka seperti Nubia Red Magic, Xiaomi Black Shark dan Razer Phone. Untuk rekod, Red Magic dijual pada harga sekitar RM 2,100, Black Shark(RM 1,950) dan Razer Phone (RM 2,400) di pasaran Malaysia.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY