Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kerap Alami Isu Panggilan Terputus

Posted on Mac 8, 2022

Apabila membuat sesuatu panggilan menerusi telefon pintar, pastinya sebagai pengguna anda mengharapkan panggilan itu jelas dan tidak berlaku isu herotan atau lebih teruk lagi kerap kali panggilan yang dibuat itu terputus.

Panggilan terputus berlaku apabila perbualan telefon terputus sama ada daripada panggilan asal (pihak panggilan) atau daripada panggilan penerima (pihak yang dipanggil).

Punca kepada berlakunya isu panggilan terputus pula adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti:-

  • Kawasan yang tidak mempunyai isyarat atau liputan, juga dikenali sebagai titik buta.
  • Gangguan yang terhasil daripada penggunaan semula frekuensi
  • Perkakasan rosak di stesen pangkalan atau dengan peralatan penghantaran
  • Terputus sambungan kerana ketidakupayaan peranti untuk mengekalkan isyarat lemah dari stesen pangkalan ke stesen pangkalan (dirujuk sebagai kegagalan penyerahan)
  • Kualiti atau jenis peranti juga boleh menjadi faktor kepada isu ini

Jadi, sekiranya anda kerap berdepan dengan isu panggilan terputus, anda perlulah menggunakan hak anda sebagai pengguna dengan membuat aduan kepada Penyedia Perkhidmatan anda.

Dalam aduan yang dibuat itu pula perlulah disertakan dengan maklumat terperinci seperti:-

  • Lokasi yang tepat (lebih baik jika anda boleh memberikan alamat lengkap berserta poskod).
  • Sila nyatakan tarikh, masa dan tempoh panggilan dibuat/diterima.
  • Model peranti anda.
  • Nombor atau bar isyarat pada telefon bimbit.
  • Sama ada panggilan terputus berlaku setiap masa atau hanya pada masa tertentu.
  • Mana-mana dua contoh nombor mudah alih yang menghadapi isu tersebut.

Walaubagaimanapun, sekiranya selepas aduan dibuat tetapi masih taida penyelesaian atau respon dari Penyedia Perkhidmatan, anda bolehlah panjangkan aduan tidak selesai itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui pautan ini https://aduan.skmm.gov.my/

Sumber: CFM

Baca juga:

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress