Sebelum ini, ada laporan yang mengatakan yang OPPO bakal menawarkan butang kamera atau camera control mirip siri iPhone 16. Kini, desas-desus tersebut adalah benar di mana pengurus produk OPPO, Zhao Yibao sudah memperlihatkannya untuk peranti terbaru mereka nanti, Find X8 Pro.
Find X8 Pro kelak ditawarkan butang kamera ‘quick capture’ yang mana ia masih boleh digunakan di dalam air kerana peranti tersebut mempunyai penarafan IP68/69.

Selain itu, butang tersebut juga dikatakan lebih mudah untuk digunakan. Zhao menyatakan yang pengguna tidak perlu berfikir pun semasa mahu menggunakan ‘quick capture’. Ia juga selesa digunakan untuk fotografi dalam posisi menegak atau mendatar. Pengguna boleh klik dua kali untuk membuka kamera, klik sekali untuk ambil gambar dan boleh leretkan bagi fungsi zum. Tambahan lagi, ia bukanlah butang fizikal. Sebaliknya, “butang” yang ada tindak balas haptik.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dikhabarkan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9400, bateri 5700mAh, skrin 6.5 inci dan tiga kamera Hasselblad.
Menarik lagi, ia turut dilihat tersenarai dalam pangkalan data SIRIM yang sekali gus memberikan gambaran bahawa siri Find X kembali untuk pasaran Malaysia sejak kali terakhir pada Find X5 Pro.
Bagi yang tertanya-tanya, telefon ini bakal dilancarkan secara rasmi di China pada 24 Oktober ini.
{suggest}
