Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO MagSafe

OPPO Perlihat Aksesori Pengecas “MagSafe”

Diterbitkan Oktober 1, 2024 oleh Amsyar Latif

OPPO kini memperlihatkan barisan “MagSafe” atau pengecas magnetik mereka di mana ia bakal dilancarkan seiring dengan telefon pintar andalan terbaru mereka yang mungkin, siri Find X8.

Perkara tersebut didedahkan sendiri eksekutif OPPO menerusi platform Weibo. Dalam video yang dikongsikan, ada beberapa aksesori yang akan ditawarkan. Pertama sekali, power bank magnetik berkapasiti 5,000mAh. Kedua, pengecas tanpa wayar magnetik 50W. Akhir sekali, pengecas magnetik tanpa wayar untuk kenderaan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/10/01101903/oppo-pengecasan-magnetik.mp4

Seperti peranti Apple, setiap kali telefon OPPO menggunakan pengecas “OPPO MagSafe”, ia akan memberikan animasi pengecasan tetapi dengan gaya tersendiri. Selain itu, peranti itu turut dilihat memakai selongsong khas bagi menyokong pengecasan tersebut, mirip selongsong Apple MagSafe.

Bercakap tentang Apple, tidak pelik kerana kesemua aksesori tersebut menyokong peranti Apple tanpa ada masalah. Cumanya, tiada animasi pengecasan.

Tambahan lagi, teknologi baharu itu juga dijangka akan menyokong telefon lipat mereka, iaitu Find N. Dengan ini, kita mungkin bakal lihat lebih banyak aksesori magnetik yang dikeluarkan OPPO nanti memandangkan aksesori sebegini agak popular dalam kalangan pengguna Apple.

Apa-apa pun, kita perlu nantikan pelancarannya nanti bersama siri Find X8 yang dijangka dijadualkan sekitar hujung Oktober ini.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • MediaTek Dimensity 9400 Dilapor Tewaskan Prestasi Cip iPhone 16 Pro Di Ujian Awal Penanda Aras
  • Dimensity 9400 Cipta Rekod Baharu, Pemproses Pertama Lepasi 3 Juta Skor Dalam AnTuTu

Sumber: OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY