Ini Senarai Kata Laluan Paling Teruk Bagi Tahun 2017

Hidup dizaman yang penuh dengan kemudahan siber ini memerlukan kita mencipta sejumlah kata laluan untuk mengakses beberapa platform. Sebagai contoh, perbankan dalam talian, aplikasi media sosial, dan kata laluan berfungsi memastikan data-data peribadi anda selamat dari diakses pihak lain.

Namun begitu, segelintir dari kita tidak menghiraukan perkara tersebut dan hanya mencipta kata laluan secara sambil lewa.

Berikut merupakan 20 kata laluan paling teruk digunakan sepanjang tahun 2017 yang dikeluarkan oleh SplashData. Kata laluan ini diperoleh dari bocoran data sebahagian besar pengguna internet di Amerika Syarikat dan Eropah.

1 - 123456
2 - password
3 - 12345678
4 - qwerty
5 - 12345
6 - 123456789
7 - letmein
8 - 1234567
9 - football
10 - iloveyou
11 - admin
12 - welcome
13 - monkey
14 - login
15 - abc123
16 - starwars
17 - 123123
18 - dragon
19 - passw0rd
20 - master

Bagi senarai 100 kata laluan paling teruk sepanjang 2017 boleh pergi ke pautan ini.