Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog ally

Asus Malaysia Bagi Formula Harga ROG Ally, Hasilnya RM3299

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 12, 2023 oleh Firdaus

Pada hari ini, Asus ROG telah berkongsikan satu kiriman yang mengusik dan mengajak peminat tempatan untuk meneka harga jualan rasmi di Malaysia bagi ROG Ally.

https://www.facebook.com/asusrogmalaysia/photos/a.363592413695989/6265065886881916/

Asus memberikan 3 formula persamaan harga yang perlu diselesaikan oleh peminat mereka untuk mendapatkan harga jualan rasmi bagi ROG Ally Z1 Extreme – yang merupakan variasi paling berkuasa bagi konsol tersebut.

Untuk memudahkan kita meneka harga itu, Asus ROG memberikan petunjuk di mana komputer riba hitam dalam persamaan pertama itu adalah ROG Flow Z13 ACRNM – yang berharga RM12,999.

ROG Ally
Petak Kuning – ROG Flow Z13 ACRNM

Setelah kami selesaikan persamaan tersebut, harga rasmi bagi ROG Ally Z1 Extreme berkemungkinan besar adalah RM3,299 ketika ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 19 Jun nanti.

Berdasarkan artikel ini, ROG Ally hadir dalam 2 variasi – Z1 dan Z1 Extreme (RM3,299).

Asus ROG Ally
Asus ROG Ally

Oleh itu, saya berpendapat model standard Asus ROG Ally Z1 berkemungkinan besar akan dijual pada tanda harga rasmi sekitar RM2,799 ke RM2,899 untuk pasaran tempatan nanti.

Berkaitan

  • PC Game Pass Akan Tersedia Di GeForce Now
  • MRANTI Lancarkan 5G Experience Centre, Jemput Pihak Berminat Guna Prasarananya
  • Xiaomi Malaysia Akan Umum Tentang Xiaomi 13 Ultra Pada 20 Jun 2023
  • Mendadak, Netflix AS Catat Peningkatan Pengguna Selepas Terhadkan Perkongsian Akaun
  • Promosi Pertengahan Tahun Asus, Diskaun Harga Hingga RM1,000

Sumber: Asus ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY