Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Rupa Sebenar Peranti Google Pixel 3 XL

Ini Rupa Sebenar Peranti Google Pixel 3 XL

Diterbitkan Ogos 9, 2018 oleh Haikel Areff

Google pada baru sahaja memperkenalkan sistem Android terbaru mereka, Android Pie pada awal minggu ini. Sistem operasi itu sudah pun boleh digunakan oleh pemilik peranti mereka iaitu Google Pixel.

Bercakap tentang Google Pixel, peranti terbaru dalam siri tersebut iaitu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL dijangka akan diperkenalkan pada musim luruh iaitu di antara September dan Disember nanti.

Dan baru-baru ini, imej sebenar peranti Google Pixel 3 XL dikatakan telah terdedah melalui satu kiriman video nyahkotak yang dikirim melalui laman Telegram milik pengguna dari Ukraine.

Menerusi tontonan video di atas, satu imej fon telinga yang kelihatan seperti Google Pixel Buds dengan sambungan USB Type-C telah terlihat pada durasi 1 minit 12 minit.

Ini Rupa Sebenar Peranti Google Pixel 3 XL

Pixel 3 XL akan menggunakan skrin dengan saiz takuk yang agak besar, bahagian dagu yang sedikit tebal serta hadir dengan kamera utama berlensa tunggal dan pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Selain daripada reka bentuk bahagian hadapan dan belakang peranti yang tertiris, spesifikasi dalaman peranti turut telah didedahkan dalam kiriman video tersebut. Peranti ini dikatakan akan menggunakan cip Snapdragon 845, memori 4GB serta hadir dengan sistem Android terkini, Android Pie.

Adakah peranti dalam video ini benar-benar Pixel 3 XL atau tidak mungkin akan hanya diketahui pada majlis pelancarannya kelak. Google dikatakan memilih tarikh 4 Oktober untuk melancarkan peranti ini, genap setahun selepas merasmikan Pixel 2 dan 2 XL pada tarikh yang sama.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY