Imej Tertiris Google Pixel 3 XL Dedahkan Peranti Berkenaan Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk

Walaupun peranti berikutnya dalam siri Google Pixel iaitu Pixel 3 dan Pixel XL dijangka hanya akan dilancarkan pada bulan Oktober nanti, ia tidak menghalang pendedahan maklumat berkenaan peranti tersebut lebih awal. Google Pixel dan Google Pixel 2 dilancarkan masing-masing pada tarikh 4 Oktober 2016 danĀ 4 Oktober 2017, maka Google dijangka akan kekal menggunakan tarikh berkenaan bagi melancarkan peranti Pixel yang seterusnya.


Kredit : The Verge


Baru-baru ini, beberapa imej berkenaan reka bentuk luaran peranti Google Pixel 3 XL telah tertiris atas talian. Imej berkenaan telah memberi pandangan awal bahawa peranti ini bakal hadir dengan reka bentuk takuk pada paparan hadapan. Reka bentuk ini semakin popular di kalangan pengeluar peranti Android walaupun orang ramai kurang menggemarinya.

Ia agak berbeza dengan imej tertiris bagi peranti Google Pixel 3 yang didedahkan sebelum ini, di mana tiada rekaan takuk didapati pada peranti berkenaan. Selain itu, peranti Pixel 3 XL juga dikatakan akan menggunakan panel kaca pada bahagian belakang peranti.



Beberapa informasi berkaitan peranti ini telah didedahkan sebelum ini, antaranya ia akan hadir dengan skrin bersaiz 6.3 inci, lebih besar berbanding 5.3 inci pada Google Pixel 3. Tambahan pula, Google dijangka akan mengekalkan dua tona warna pada panel belakangnya dan mempunyai dwi-kamera pada kamera hadapan.

Sumber