Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Rupa Bentuk Galaxy Note 20 Ultra Yang Bakal Dilancarkan 5 Ogos Nanti

Ini Rupa Bentuk Galaxy Note 20 Ultra Yang Bakal Dilancarkan 5 Ogos Nanti

Diterbitkan Julai 21, 2020 oleh Helmi Samsuri

Samsung telah menjadualkan 5 Ogos hadapan sebagai tarikah acara Galaxy Unpacked yang bakal menampilkan 5 peranti terbaharu mereka. Salah satu peranti yang akan membuat kemunculan adalah Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan reka bentuk sebenarnya sudah mula tersebar.

Ini Rupa Bentuk Galaxy Note 20 Ultra Yang Bakal Dilancarkan 5 Ogos Nanti

Menerusi perkongsian @evleaks, kita kini dapat melihat keseluruhan rekaan luar telefon pintar flagship terbabit secara 360 darjah. Berdasarkan GIF diatas ia mungkin dari variasi warna Mystic Bronze.

Bahagian hadapan mempunyai bezel atas dan bawah yang nipis serta sisi yang sedikit melengkung dengan Infinity-O berada ditengah. Panel belakang pula memperlihatkan kombinasi tiga kamera disusun didalam modul petak. Ia dikatakan terdiri daripada lensa 108MP kamera utama, kamera periskop dan ultra lebar. Lensa periskop itu dipercayai hanya terhad ditawarkan pada variasi Ultra sahaja.

Selain peranti ini, Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Note 20, Galaxy Fold 2, Galaxy Fold 5G, Galaxy Tab S7/S7+, Galaxy Buds Live dan Galaxy Watch 3. Untuk maklumat serta spesifikasi lebih lanjut berkenaan peranti-peranti ini, kita tunggu 5 Ogos kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY