Ini Yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli Monitor 'Gaming'

Setiap kali individu yang baru atau ingin membina (build) PC idaman, mereka sering terlepas pandang akan satu perkara mustahak.

Apa yang dimaksudkan ini ialah monitor. Seperti diketahui, monitor merupakan elemen penting dalam memaparkan visual. Apa guna PC hampir mencecah RM10 ribu tetapi monitor yang digunakan daripada jenis cukup-cukup makan. Asalkan keluar gambar.

Namun, jangan salah faham, monitor ini pun sama seperti telefon pintar. Ada kelas-kelasnya. Malah, ada juga monitor yang tampil dengan spesifikasi menarik tetapi dijual pada harga mampu milik.

Oleh yang demikian, berikut adalah panduan yang patut anda tahu sebelum membeli monitor 'gaming'.

Saiz dan resolusi


Saiz dan resolusi ini ibarat irama dengan lagu. Ia saling berkait antara satu sama lain. Setiap saiz skrin monitor, ia sebenarnya mempunyai resolusi yang sesuai untuknya.

Sekiranya saiz monitor tidak sepadan dengan resolusi, ia akan memberikan paparan yang pixelated atau bahasa mudah gambar pecah-pecah.

Tak perlu pening kepala, di sini disertakan saiz dan resolusi yang sesuai untuk monitor:

  • 25" dan ke bawah - 1920x1080 (FHD)

  • 27" ke 32" - 2560x1440 (QHD) atau 3840x2160 (4K)

  • 25" ke 30" ultra lebar (ultrawide) - 2560x1080

  • 34" ke 35" ultra lebar (ultrawide) - 3440x1440

  • 38" ultra lebar - 3840x1600

  • 43" super-ultra lebar - 3840x1200

  • 49" super-ultra lebar - 5120x1440


Namun, perlu diingatkan, setiap saiz dan resolusi yang dipilih ini haruslah seiring dengan CPU dan GPU yang digunakan. Jika tidak, ia akan bottleneck.

Panel


Kapsyen: Foto - displayninja


Kita tolak tepi panel OLED kerana monitor dengan panel sebegini belum menjadi arus perdana (mainstream) lagi.

Oleh itu, tiga panel yang berada di pasaran ialah TN, VA dan IPS.

TN atau Twisted Nematic merupakan panel yang paling digemari digunakan oleh pemain e-sukan. Ini kerana panel tersebut bukan sahaja lebih murah tetapi juga mempunyai masa tindak balas (response time) GtG (gray to gray) ~1ms.

Bagaimanapun, kekurangannya adalah ia tidak mempunyai warna dan sudut pandang (viewing angle) yang baik berbanding dua panel lain.

VA atau Vertical Alignment boleh diletakkan tengah-tengah di antara TN dan IPS. Ia masih memberikan warna dan kontras yang baik biarpun masa tindak balasnya tidak begitu cemerlang.

Monitor ini memang sesuai untuk individu yang ingin bermain game dan melakukan tugasan kreatif.

Akhir sekali IPS (in-plane switching). Mungkin dalam telefon pintar panel IPS ini dipandang rendah kerana kita sudah terbiasa dengan paparan OLED.

Sebaliknya dalam arena monitor, IPS adalah panel yang paling baik anda boleh dapatkan buat masa sekarang.

Ia bukan sahaja menawarkan warna yang cukup vibran tetapi pada masa yang sama prestasinya tidaklah teruk. Kekurangan IPS yang sering dihadapi adalah terdapat sinaran cahaya pada sudut monitor terutama apabila paparan itu gelap.

Biarpun panel IPS boleh dikatakan yang paling premium dan agak mahal berbanding TN dan VA tetapi di pasaran sekarang, sudah banyak monitor IPS yang mampu milik dan hadir dengan ciri baik.

Kadar Segar Semula (refresh rate)


Kadar segar semula (refresh rate) sebenarnya berkait rapat dengan kadar bingkai (FPS). Sekiranya anda dapat FPS sebanyak 200 dalam memainkan game tetapi kadar segar semula monitor hanya 60Hz, anda tidak menikmati pun 200 fps itu.

Seperti telefon pintar yang sudah mula menggunakan kadar segar semula tinggi, monitor yang hadir dengan refresh rate tinggi ini juga akan memberikan paparan lebih lancar. Ia lebih jelas dilihat apabila anda sedang bermain permainan yang bercorak fast pace.

Oleh yang demikian, jika anda casual gamer, 75Hz ke 144Hz sudah cukup baik. Kalau anda jenis bermain permainan e-sukan, monitor dengan 240Hz atau hingga 360Hz perlu dijadikan pilihan.

HDR


Tidak semua monitor yang hadir dengan ciri HDR. Walaupun HDR pada monitor tak setanding dengan TV tetapi ia tetap memberikan perbezaan.

Kandungan HDR akan memberikan kecerahan, kontras dan gamut warna jauh lebih cemerlang. Secara tidak langsung anda akan dapat menikmati kepuasan bermain lebih baik.

Kapsyen: Foto - Displayninja


Kebiasaannya, terdapat tiga kelas HDR yang diiktiraf VESA atau VESA Certified. Yang paling biasa kita lihat adalah DisplayHDR 400. Seterusnya DisplayHDR 600 dan akhir sekali DisplayHDR 1000.

Sebagai maklumat tambahan, setiap jenis HDR ini juga akan memberikan kesan terhadap harga. Lebih tinggi HDR itu, lebih tinggi harga jualannya. Namun yang pasti, paparannya jauh lebih cantik.

Ciri Eksklusif


Perkara-perkara penting sudah pun dilihat, satu lagi elemen yang perlu dititikberatkan adalah ciri-ciri pada monitor tersebut. Lain jenama, lain ciri yang ditawarkan.

Salah satu ciri utama ialah AMD FreeSync atau NVIDIA G-Sync. Kebanyakan monitor menyokong FreeSync dan ada juga yang menyokong bagi kedua-dua teknologi AMD serta NVIDIA.

G-Sync mempunyai modul yang diintegerasikan dalam monitor, variable overdrive dan input lag sangat rendah. Cumanya, monitor dengan G-Sync ini dijual dengan tanda harga lebih tinggi berbanding FreeSync sahaja.

Buat anda yang tidak tahu, fungsi utamanya lebih kurang sama di mana memberikan kadar segar semula dinamik untuk mengelakkan screen tearing dan stuttering (tersekat) pada visual ketika gaming.



Selain itu, terdapat juga mod-mod khusus ditawarkan seperti gamingmovie dan sebagainya. Malah, ada monitor yang menyokong KVM (keyboard, video, monitor/mouse).

KVM ini memudahkan anda untuk mengubah tetapan monitor dengan mengawalnya menggunakan papan kekunci serta tetikus berbanding kebiasaan yang hanya boleh dikawal pada tombol atau butang di monitor.

Port input/output (I/O)


Akhir sekali, jangan dilupakan dengan port I/O yang ada pada monitor. Perkara ini amat penting sekiranya anda mahu yang terbaik ketika menggunakan PC atau konsol.

Bagi konsol generasi terbaru seperti PS5 atau Xbox Series X, anda memerlukan monitor yang hadir dengan port HDMI 2.1 di mana jarang sekali monitor masa sekarang yang menawarkannya.

HDMI 2.1 ini penting jika anda mahu gaming pada resolusi 4K@120fps.

Selain itu, port lain seperti DisplayPort dan USB 3.0 yang mempunyai kemampuan memindahkan fail juga boleh diambil kira sekiranya anda ada bajet lebih.

Tambahan lagi, jika monitor itu hadir dengan USB-C, itu merupakan satu bonus.

Saya 'Gamer' Sejati, Mahukan Yang Terbaik


Saya faham, ada dalam kalangan anda yang tidak kisah akan bajet yang ingin dikeluarkan. Asalkan anda boleh memiliki monitor yang terbaik dalam kalangan terbaik lain.

Salah satu jenama yang mempunyai monitor gaming premium dan mampu memenuhi kehendak gamer sejati ialah MSI. Jenama ini pun sinonim dalam kalangan gamer.



MSI mempunyai sebuah monitor yang diberi nama MSI Optix MPG321UR-QD. Ia sesuai buat gamer PC mahupun konsol.

Tampil dengan panel IPS dengan teknologi Quantum Dot Display (QD) yang memberikan paparan warna yang mengasyikkan.



Bagi yang tidak tahu, teknologi QD dibina berdasarkan LCD. Lapisan QD itu diletakkan di antara backlight dan LCD monitor. Dengan ini, lapisan tersebut akan menala (tune) warna lebih tepat. Secara tidak langsung paparan lebih cantik.



Mudah kata, teknologi tersebut akan memberikan gamut warna lebih besar termasuk format DCI-P3 serta Adobe RGB. Bahkan, warna yang dihasilkan itu juga jauh lebih cemerlang berbanding panel IPS yang biasa di pasaran.

Selain itu, monitor ini juga beresolusi 4K dengan kadar segar semula 144Hz, masa tindak balas 1ms serta VESA DisplayHDR 600.



Turut didatangkan dengan ciri gaming intelligence seperti smart brightnesssmart crosshairnight vision AIAI gamingoptix scope dan sound tune.



Bahkan, dilengkapi juga KVM 3.0 yang boleh menyokong kawalan menggunakan alat kawalan (controller), port HDMI 2.1 dan banyak lagi. Anda boleh rujuk spesifikasi lain di laman INI.

Monitor dengan spesifikasi premium ini dijual pada tanda harga RM5399 dan merupakan terbaik berbanding pesaingnya lain seperti ASUS ROG PG32UQ, BENQ EX320U, Gigabyte F132U dan Gigabyte M32U.
Anda boleh beli MSI Optix MPG321UR-QD di:

Shopee - https://invol.co/clax037

Jangan risau, anda juga boleh membeli monitor gaming MSI lain mengikut bajet anda sekiranya monitor di atas terlalu overkilled.
Anda boleh beli monitor gaming MSI di:

Shopee - https://invol.co/clax041

Baca juga:

Berkaitan