Jika anda ingin membina sebuah komputer meja yang berkuasa, salah satu aspek penting yang perlu diambil kira adalah ciri penyejukan untuk komputer tersebut, khususnya untuk menyejukkan cip pemprosesan (CPU) komputer tersebut.
Secara asasnya, terdapat 2 cara untuk menyejukkan komputer iaitu menggunakan sistem penyejukan udara atau perkakasan yang lebih sofistikated iaitu sistem penyejukan cecair (AIO).
Biasanya pembina komputer amatur akan berada dalam dilema berkenaan pemilihan yang sesuai untuk menyejukkan komputer mereka.
Ini kerana ia turut terkait dengan visi bagi menggayakan komputer mereka untuk kelihatan lebih menarik, nampak ‘cool’ dan lain dari yang lain.
{suggest}
Tetapi apa yang paling penting sekali adalah bergantung kepada bajet anda sendiri.
Penyejukkan Udara
Penyejukan menggunakan udara dengan memasang perkakasan kipas pastinya jauh lebih murah harganya, mudah dipasang dan diselenggara dan berkesan menyejukkan komputer. Malah pilihan perkakasan juga lebih banyak dengan penawaran dari pelbagai jenama.
Sebaliknya berbeza dengan ciri penyejukkan cecair yang memerlukan kemahiran untuk memasangnya kerana komponennya adalah lebih banyak serta harganya jauh lebih mahal.
Jika tersalah pasang pula akan menyebabkan komputer anda rosak akibat sistem penyejukkan tidak berfungsi dengan baik dan sempurna.
Spesifikasi komputer juga turut menjadi peranan. Biasanya mereka yang menggunakan penyejukkan cecair untuk komputer meja mereka adalah mereka yang memiliki komputer berspesifikasi tinggi untuk tujuan seperti membuat modifikasi ‘over clock‘ komputer serta pemain komputer tegar.
Tetapi sekiranya komputer anda itu hanya digunakan untuk tujuan umum yang melakukan kerja-kerja biasa seperti menaip, melayari internet dan menonton video sahaja, menggunakan sistem penyejukan udara untuk menyejukkan CPU komputer itu sudah cukup memadai.
Tetapi tidak salah juga untuk anda menggunakan ciri penyejukkan cecair pada komputer tersebut untuk menampakkan komputer peribadi anda itu sebuah mesin yang canggih dan lain dari yang lain.
Malah CPU yang menggunakan sistem penyejukkan cecair juga adalah lebih senyap bunyinya bebanding CPU yang menggunakan sistem penyejukkan udara.
Semuanya bergantung kepada bajet serta kemahiran anda dalam perkakasan komputer.
Jadi sepertimana yang dikatakan tadi, pilihan perkakasan bagi sistem penyejukkan CPU dengan menggunakan udara terdapat banyak pilihannya.
Antara jenama-jenama yang menawarkan perkakasan bagi menyejukkan CPU adalah seperti dari Cooler Master, Noctua, be quiet! dan banyak lagi. Harga-harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan yang boleh didapati bermula dari puluhan hingga ratusan ringgit sahaja.
Bergantung kepada spesifikasi yang diinginkan dan bersesuaian untuk CPU komputer tersebut.
Bagi sistem penyejukkan CPU yang menggunakan cecair pula, tidak banyak jenama yang menawarkannya.
Untuk pasaran Malaysia, salah satu jenama yang ada menawarkan sistem penyejukkan cecair bagi CPU ialah MSI.
MSI secara khusus menawarkan 3 siri sistem penyejukkan cecair bagi pelbagai jenis CPU yang sesuai untuk pengguna iaitu siri MAG, MEG dan MPG.
Harganya pula bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit. Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli sistem penyejukan cecair (AIO) daripada MSI untuk ‘jentera’ anda, boleh pergi laman rasmi MSI menerusi pautan INI.