Komputer atau PC waktu ini bukan sahaja terhad untuk bekerja tetapi juga banyak yang direka khas untuk permainan.
Tidak seperti telefon pintar, setiap komponennya boleh dipilih secara berasingan dan dipasang sendiri oleh pengguna. Jadi, anda boleh memilih ‘organnya’ mengikut selera dan yang paling penting bajet dan penggunaan.
Kalau anda baru nak mencuba-cuba membina desktop gaming entry level, atau bajet rendah kami kongsikan di sini bagaimana memilih hardware yang sesuai dengan bajet dan game yang anda main.
Untuk kelas permulaan desktop gaming, wang perlu dibelanjakan pastinya atas RM3,000.
- Layari NZXT BLD untuk semak komponen sesuai dengan permainan yang anda mahu main.
- Untuk ‘Chipset’, pilih atau Intel atau AMD. Namun, seeloknya pilih AMD untuk memandangkan kita sedang memilih untuk gaming desktop.
- Untuk ‘Budget’, pilih $1,500 (~RM6,573) kerana kita sedang memilih dekstop dengan bajet rendah.
- Untuk resolusi, pilih 1440p supaya ia dapat digunakan tempoh lama berbanding 1080p.
- Tekan ‘Continue to build’.
- Tekan ‘Performance‘ kemudian ‘Select games‘ untuk pilih game yang anda akan mainkan. Anda boleh pilih 2 game maksimum. Seeloknya pilih game yang paling ‘berat’.
- Semua senarai komponen mengikut jenis akan tersedia. Contohnya, anda boleh klik pada CPU untuk lihat CPU yang bersesuaian.
Dengan itu, anda boleh masukkan hardware tersebut dalam senarai selepas menukar harganya ke mata wang Malaysia dan belinya dari kedai fizikal atau dalam talian.
Bagi mereka yang kurang keyakinan, boleh saja upah kedai untuk pasang atau rakan yang lebih berpengalaman (untuk jimat kos). Jika mahu pasang sendiri, pastikan anda teliti semasa melakukannya.
Apa-apa pun, ini hanyalah saranan daripada NZXT yang mana mereka menjual komponen-komponen tersebut. Jadi, senarai dicadangkan tertakluk pada stok dan ketersediaan stor mereka, bukan pasaran Malaysia.
Tambahan pula, senarainya juga tidak merangkumi kebanyakan komponen di pasaran. Namun, anda masih boleh jadikannya sebagai panduan kerana permainan-permainan tersebut masih sama saja walaupun dimainkan di mana-mana.
Tetapi, jika anda mahu jimat masa dan tak mahu pening kepala, boleh beli gaming desktop yang sudah lengkap komponen dalamannya seperti MSI MAG Meta S yang menggunakan AMD Ryzen 5-3600.
Anda boleh pilih sama ada mahukan kad grafik Nvidia GTX 1660 Super atau GTX 1650.
Dengan harga RM3,199 untuk GTX 1650 4GB dan RM3,799 untuk GTX 1660 Super 6GB, ia hadir dengan Windows 10 Home (boleh dinaik taraf ke Windows 11) dan CPU AMD Ryzen 5-3600.
Serendah RM3,199 yang menggunakan cip grafik Nvidia GeForce GTX 1650, apa yang anda peroleh ialah cip AMD520, RAM DDR4 sebesar 8GB (boleh hingga 64GB), SSD sebesar 512GB NVMe PCIe bersama jaminan MSI selama 3 tahun.
PSU-nya pula setinggi 500W. Di hadapan, ia mempunyai 2 port USB 3.2, port mikrofon dan port headphone. Di belakangnya tersedia 2 port USB 2.0, port USB 3.2, 1 port HDMI, port RJ45, 3 port audio, 1 DVI-D dan 2 PS/2.
Mungkin harganya agak tinggi tetapi kelebihannya sudah pasti adalah tempoh jaminan (warranty) yang lama. Misal kata ada masalah berlaku dalam tempoh tersebut, anda tidak perlu pening kepala dan boleh terus menghantarnya untuk menukar komponen dan sebagainya.
Perkara ini amat memudahkan terutama bagi anda yang memang tidak arif bab komputer atau yang baru sahaja nak berjinak-jinak dalam dunia PC Master Race.
Apa-apa pun, klik di SINI untuk beli di Lazada, SINI untuk Shopee atau SINI melalui laman rasmi MSI. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web MSI.
Baca juga: