Secara ringkas, cip 4nm ini menawarkan prestasi jauh lebih baik berbanding Snapdragon 888 di mana ia mempunyai teras Cortex-X2, Cortex-A710 dan Cortex-A510.
Selain Xiaomi dan Motorola yang sudah mengesahkan peranti menggunakan cip baharu Qualcomm tersebut, berikut adalah senarai model lain yang turut menerima Snapdragon 8 Gen 1.
Xiaomi
Sejurus pengumuman daripada Qualcomm, Xiaomi pantas mengesahkan bahawa siri Xiaomi 12 bakal menggunapakai cip Snapdragon 8 Gen 1. Malah, Xiaomi sendiri telah mengacah menerusi video bahawa mereka sudah bersedia untuk melancarkannya tidak lama lagi.
Namun, tarikh pengenalannya kepada umum masih lagi belum diketahui. Dijangka pertengahan atau penghujung Disember tahun ini.
Motorola
Motorola sedia mahu merancakkan lagi suasana pasaran telefon pintar dengan pengumuman siri Edge X30. Bezanya berbanding Xiaomi, Motorola akan mengadakan acara pelancarannya pada 9 Disember depan.
Ura-ura mendakwa peranti tersebut hadir dengan skrin 6.67 inci AMOLED yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta lensa swafoto di hadapan sebesar 60MP.
Di belakang pula, terdapat tiga tetapan kamera yang menempatkan 50MP utama dan ultra lebar serta 2MP kedalaman.
realme GT 2 Pro
realme pun tidak berahsia sangat akan peranti terbarunya nanti. Telefon tersebut disahkan dengan nama realme GT 2 Pro. Mereka mendakwa ia merupakan peranti andalan premium pertama daripada realme sendiri.
Rekaan yang dikongsikan, mirip dengan telefon pintar Nexus 6P, sedikit berbeza dari lumrah rupa realme sebelum ini.
Setakat sekarang, hanya cipnya sahaja diketahui, iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Manakala yang lain mungkin paparan Super AMOLED 120Hz, 32MP lensa swafoto, 108MP lensa utama, 8MP ultra lebar dan 5MP kedalaman.
OPPO
Walaupun OPPO sudah mengatakan telefon andalan mereka selepas ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, mereka tidak memberitahu secara terperinci peranti apakah yang dimaksudkan.
Namun begitu, Find X4 Pro yang akan dijangka menggunakannya kerana siri telefon tersebut merupakan peranti andalan daripada OPPO. Berkemungkinan OPPO Find X4 Pro bakal diperkenalkan seawal suku pertama tahun 2022.
OnePlus
Seperti rakannya OPPO dan realme, OnePlus turut tidak ketinggalan. OnePlus menyatakan telefon mereka seterusnya dikuasakan cip Qualcomm andalan terbaru.
Dijangka siri OnePlus 10 yang dimaksudkan. Ini juga selari dengan desas-desus sebelumnya yang telah kami laporkan.
vivo
vivo setakat ini mereka merancang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 bagi barisan telefon pintarnya pada masa hadapan.
Walaupun tiada model yang didedahkan, mungkin peranti Nex 4, X80 Pro dan X80 Pro+ yang dilengkapi cip tersebut.
Lain-lain jenama
Buat masa sekarang, hanya telefon-telefon yang disebutkan di atas sahaja disahkan penggunaan Snapdragon 8 Gen 1. Pun begitu, lain-lain jenama juga pasti akan mengikuti jejak langkah mereka.
Ini merangkumi jenama seperti Samsung menerusi siri Galaxy S22, siri Redmi K50, siri Nubia Z40, Black Shark, ZTE, Red Magic serta Sharp dan Sony.
Apa-apa pun, dimanakah peranti yang dijana cip Dimensity 9000? Jika diikutkan, cip terbaru MediaTek itu mempunyai spesifikasi hampir sama dengan Snapdragon 8 Gen 1.
Bahkan, dikatakan juga peranti yang dikuasakan cip MediaTek ini mungkin lebih mahal tetapi tidak semahal telefon Snapdragon.
Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan.
Sumber: gizmochina
Baca juga:
Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50
Motorola Buat Rancak, Bakal Hadir Dengan Kamera Di Bawah Paparan
PureView 9 Tak Terima Android 11, Nokia Bagi Diskaun 50% Untuk Pemilik Beli Model Baru
Berkaitan
- Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000
- Nikon Malaysia Akan Henti Operasi Mulai 1 Januari 2021
- HP Lancarkan Chromebook Dengan Harga Hanya RM1299
- Nak Untung Lebih, TikTok Mungkin Bagi Kongsi Video Sampai 10 Minit
- Telefon Gaming Redmi Bakal Guna Pengecasan Pantas Seperti Mi 11 Ultra
- Spesifikasi Penuh Huawei Nova 9 Pro Didedahkan, Guna Snapdragon Dan 120Hz
- M1 Pro Dan M1 Max Diumum - Cip M1 Yang Lebih Berkuasa
- HarmonyOS Kini Digunakan Dalam 150 Juta Peranti
- Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diumumkan 14 Januari 2021
- Paparan iPhone 13 Mungkin Hadir Dengan Ciri AOD