Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motorola Buat Rancak, Bakal Hadir Dengan Kamera Di Bawah Paparan

Motorola Buat Rancak, Bakal Hadir Dengan Kamera Di Bawah Paparan

Diterbitkan Disember 1, 2021 oleh Bangman

Motorola yang dulu gagal dengan pelancaran Motorola Razr pada tahun 2020, kini menjanjikan kemunculan semula yang lebih kemas. Bak kata mat salleh, “we are back on track baby!”.

Mereka telah menjadualkan pelancaran dua telefon terbaru iaitu Motorola Edge S30 dan Motorola Edge X30 pada bulan Disember ini. Masing-masing menggunakan cip Snapdragon 888+ dan Snapdragon 8 Gen1.

Namun, terdapat khabar angin yang mengatakan Motorola bakal melancarkan telefon ketiga mereka. Dikhabarkan bahawa telefon tersebut akan menerapkan penggunaan posisi kamera swafoto di bawah paparan.

Motorola Buat Rancak, Bakal Hadir Dengan Kamera Di Bawah Paparan

Jika kita imbau kembali, tren kamera di bawah paparan ini telah dimulakan oleh ZTE untuk telefon Axon 20. Manakala Samsung dan Xiaomi baru menggunakan teknologi ini melalui Galaxy Z Fold3 dan Mix 4.

Motorola Buat Rancak, Bakal Hadir Dengan Kamera Di Bawah Paparan

Menurut Digital Chat Station, Motorola masih belum berniat untuk mendedahkan nama telefon itu. Selain itu, mereka juga belum mendedahkan sama ada telefon itu akan dilancarkan seiring dua telefon mereka yang telah diumumkan, ataupun telefon ini akan membuka kelas baru bagi jenama Motorola.

Walau bagaimanapun, spesifikasinya masih belum diketahui. Tetapi, mudah untuk Motorola meletakkan paparan dengan resolusi 1080p pada telefon ini. Mungkin juga 1440p, tidak mustahil kerana kemajuan teknologi adalah sangat laju dalam tempoh beberapa tahun ini. Bak kata Mejar (k) David Teo, “bukan janji tapi pasti”.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga:

  • Snapdragon 8 Gen 1 Diperkenal, Cip 4nm Lagi Padu Daripada Snapdragon 888
  • Pantas, Xiaomi Dah Sedia Nak Lancar Telefon Pertama Dunia Guna Snapdragon 8 Gen 1

  • Ini Mungkin Pengganti Kepada Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY