Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 12

Pantas, Xiaomi Dah Sedia Nak Lancar Telefon Pertama Dunia Guna Snapdragon 8 Gen 1

Diterbitkan Disember 1, 2021 ยท Dikemas kini Disember 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Qualcomm sudah pun mengumumkan cip generasi terbaru mereka menerusi Snapdragon 8 Gen 1 yang mana ia berasaskan pemproses 4nm dan menjanjikan prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 888.

Seperti tahun lalu, Xiaomi merupakan jenama telefon Android pertama yang akan menggunakan cip baharu Qualcomm. Tahun ini, dilihat skrip masih sama kerana Xiaomi mengesahkan bahawa peranti mereka nanti, Xiaomi 12 adalah telefon pertama menerima cip janaan Snapdragon 8 Gen 1.

Pantas, Xiaomi Dah Sedia Nak Lancar Telefon Pertama Dunia Guna Snapdragon 8 Gen 1

Pun begitu, masih belum diketahui bilakah siri Xiaomi 12 ini akan dilancarkan. Namun, Xiaomi menyatakan ia diumumkan tidak lama lagi. Desas-desus mendakwa sekitar pertengahan Disember atau penghujung tahun ini.

Tambahan lagi, ketua pegawai eksekutif Xiaomi – Lei Jun juga mengatakan bahawa siri Xiaomi 12 bakal memberikan pengalaman telefon pintar terbaik buat penggunanya kelak.

Selain Xiaomi, realme turut mengesahkan realme GT 2 Pro akan dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1. Manakala jenama Motorola juga mungkin salah satu peranti terawal yang menggunakannya.

Sumber: Xiaomi

Baca juga:

  • MIUI 13 Dijangka Dilancar 16 Disember, Mungkin 118 Telefon Ini Yang Menyokongnya

  • Ura-Ura Rekaan Xiaomi 12 Ultra Dan Spesifikasi

  • Lebih 500 Juta Pengguna Aktif MIUI Bulanan Secara Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY