Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 9 PureView1

PureView 9 Tak Terima Android 11, Nokia Bagi Diskaun 50% Untuk Pemilik Beli Model Baru

Diterbitkan Disember 1, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Siri Pureview terkenal sebagai telefon Nokia dengan kamera sebagai fokus utama. Pastinya ramai ingat akan model Nokia Pureview 808 yang memegang takhta telefon dengan megapiksel tertinggi (41 MP) buat beberapa tahun.

Nokia Pureview 9 adalah penyambung warisan Pureview yang dilancarkan di bawah program Android One. Sewaktu dilancarkan, peranti ini dijanjikan 3 kemas kini bermula Android 9 hingga Android 11.

Berita buruknya, Nokia telah mengesahkan di laman web rasminya bahawa Nokia 9 Pureview tidak akan menerima naik taraf ke Android 11. Pun begitu, ia tetap akan menerima kemas kini keselamatan secara berkala.

Nokia mengatakan ia disebabkan masalah keserasian antara perisian dan perkakasan kamera. Ini dipercayai disebabkan oleh syarikat di sebalik kamera pada peranti ini iaitu Light yang telah mengundurkan diri daripada arena telefon pintar.

Bagi memujuk pemilik peranti ini, Nokia menawarkan diskaun 50%  bagi pembelian Nokia XR20 khas untuk mereka. Namun sama ada ia peranti Nokia XR20 atau lain bergantung pada tawaran di negara pemilik.

Baca juga:

  • Mobile Phone Museum Dilancar, Pamer 2,121 Model Sejak 1984
  • 5 Kelebihan Telefon Ini Buatkan Jenama Lain Dengki Dengannya
  • Imej Komputer Untuk Empat Telefon Nokia Didedahkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY