Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nampaknya Motorola Yang Pertama Akan Lancar Telefon Dengan Snapdragon 8 Gen 1

Nampaknya Motorola Yang Pertama Akan Lancar Telefon Dengan Snapdragon 8 Gen 1

Diterbitkan Disember 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi sebelum ini mengatakan mereka bakal melancarkan siri Xiaomi 12 yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1 tidak lama lagi.

Namun, nampaknya mereka bukanlah pertama yang menawarkan telefon pintar dengan cip baharu daripada Qualcomm. Ini kerana Motorola sudah mengesahkan kehadiran Edge X30 di mana ia adalah peranti andalan yang dijana Snapdragon 8 Gen 1.

Motorola edge x30

Bagaimanapun, telefon yang akan diperkenalkan pada 9 Disember ini masih belum diketahui lagi spesifikasi khususnya.

Namun, pensijilan 3C menyatakan ia tampil dengan bateri 5000mAh, pengecasan 68.2W, skrin 6.67 inci AMOLED bersama kadar segar semula 144Hz, lensa swafoto 60MP serta tetapan tiga lensa yang merangkumi 50MP utama, 50MP ultra lebar dan 2MP kedalaman.

Oleh itu, lebih cepat kita dapat mengetahui prestasi yang bakal ditawarkan cip Snapdragon baharu itu nanti.

Sumber: Motorola

Baca juga:

  • Pantas, Xiaomi Dah Sedia Nak Lancar Telefon Pertama Dunia Guna Snapdragon 8 Gen 1

  • Motorola Buat Rancak, Bakal Hadir Dengan Kamera Di Bawah Paparan

  • Motorola Dan Xiaomi Mungkin Antara Yang Pertama Guna Sensor 200MP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY