Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi redmi 9

Ini Merupakan Spesifikasi Penuh Redmi 9 – Rekaan Redmi K30 Dan Gunakan Cip Helio G80

Diterbitkan Jun 7, 2020 · Dikemas kini Jun 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Xiaomi kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri Redmi 9 terbaharu mereka yang bakal menggantikan siri popular Redmi 8. Tarikh pelancarannya masih belum lagi diketahui, namun maklumat penuh seperti spesifikasinya sudah mula didedahkan.

Ini Merupakan Spesifikasi Penuh Redmi 9 – Rekaan Redmi K30 Dan Gunakan Cip Helio G80

Dari segi rekaan, ia mengguna pakai rekaan Redmi K30 yang mempunyai reka bentuk bulat mengelilingi modul kamera. Ia akan hadir dengan 4 kamera belakang 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth, dan 5MP makro.

Ini Merupakan Spesifikasi Penuh Redmi 9 – Rekaan Redmi K30 Dan Gunakan Cip Helio G80

Untuk bahagian hadapan, peranti dimuatkan dengan rekaan takuk DotDrop dengan kamera swafoto 8MP. Panelnya berukuran 6.53 inci Full HD+ LCD di mana merupakan saiz yang sama dengan Redmi Note 9 yang baru sahaja lagi dilancarkan.

Ini Merupakan Spesifikasi Penuh Redmi 9 – Rekaan Redmi K30 Dan Gunakan Cip Helio G80

 

Peranti dijana oleh cip MediaTek Helio G80 dengan padanan RAM 4GB. Storan dalaman adalah sehingga 64GB dan ia adalah berasaskan eMMC 5.1. Saiz bateri adalah berkapasiti 5,020mAh serta setanding dengan siri Redmi Note 9.

Ini Merupakan Spesifikasi Penuh Redmi 9 – Rekaan Redmi K30 Dan Gunakan Cip Helio G80

Antara fungsi lain peranti adalah bicu audio 3.5mm, pemancar inframerah dan meneruskan tradisi Redmi 8 iaitu pengecasan melalui USB-C.

Walaupun kita belum mengetahui tarikh pelancaran rasminya, melihat imej dan poster promosi ini, berkemungkinan ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Sumber: Lazada Filipina

Beli Redmi Note 9S di
Lazada: https://invol.co/clorw2
Shopee: https://invol.co/clorw0

Beli Redmi 8 di –
Lazada: https://invol.co/clorqv
Shopee: https://invol.co/clorqu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY