Tak perlu teknologi yang sofistikated.
Virus Covid-19 mula dikesan di negara China pada lewat tahun 2019 lalu dan kini, selepas berbulan-bulan berjuang memerangi wabak maut itu, China kembali menjalankan aktiviti seperti biasa.
Pelbagai sektor industri utama yang dihentikan operasi ketika perintah berkurung sudah mula dibuka dan aktif. Salah satu daripadanya adalah sektor pendidikan.
Walaubagaimanapun, kerajaan China masih memberikan peringatan kepada rakyat supaya mengamalkan jarak sosial, menutup mulut serta menjaga adab kebersihan sebagai langkah berterusan bagi mengekang penularan wabak pembunuh itu.
Bagi anak-anak sekolah yang masih kecil, mereka mungkin masih kurang faham atau peka tentang jarak sosial yang perlu dijaga mereka ketika bermain bersama rakan.
Jadi, ibu bapa para pelajar tersebut telah mengambil inisiatif dengan memasang aksesori di bahagian kepala anak-anak mereka bagi memudahkan para pelajar sentiasa sedar tentang jarak sosial yang perlu dijaga.
Pelbagai aksesori kreatif digunakan seperti belon, kayu, plastik plastik panjang, topi dan sebagainya supaya selesa dipakai oleh anak-anak mereka.
Cara seperti ini amat mudah, murah dan sekaligus tidak perlukan teknologi yang mahal digunakan.
Mungkin selepas ini, ibu bapa di Malaysia pula boleh mempamerkan kreativiti lain sepertima yang dilakukan oleh ibu bapa di China terhadap anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah selepas tamatnya PKP nanti.
Sumber: Twitter
Berkaitan
- Penukul Besi Lawan Apple Watch Ultra Tapi Lain Yang Pecah
- Jangan Buang 'Microsoft Root Authority' Dari Windows Yang Akan Tamat Pada 31 Disember 2020
- Malaysia Bakal Alami Gerhana Matahari Hibrid, Ini 3 Lokasi Terbaik Saksikan Fenomena Ini Tahun Hadapan
- Skor Oleh 'Master Lu' Menunjukkan Kirin 9000 Mengatasi Snapdragon 865 Hampir 50 Ribu Mata
- Tetapan Gestur 'Touchpad' Windows 10 Yang Berguna Tetapi Jarang Digunakan Di Komputer Riba
- WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1
- PDRM Bakal Terima 16 Buah Dron Berkuasa Tinggi Berharga RM48 Juta
- Misteri Pelantar Sepanjang Tepi Jambatan Pulau Pinang Terjawab
- WhatsApp Menambah Pilihan Tetapan Baharu Untuk Ruang Privasi Anda
- Anda Tidak Salah, Kualiti Pemacu Storan USB Memang Semakin Teruk