Tetapan Gestur 'Touchpad' Windows 10 Yang Berguna Tetapi Jarang Digunakan Di Komputer Riba

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai tetapan tersembunyi di dalam sistem Operasi Windows 10  khususnya di komputer riba yang membolehkan anda melakukan kerja-kerja harian di komputer riba tersebut dengan lebih efisyen.

Salah satu tetapan yang dapat menjadikan komputer riba anda menjadi lebih mudah digunakan adalah tetapan pada gestur 'Touchpad'.

Bagi sebahagian pengguna, mungkin touchpad komputer riba hanya digunakan untuk menggerakan kursor komputer sahaja.

Tetapi touchpad sebenarnya mmempunyai pelbagai fungsi menarik lebih dari itu.

Anda boleh menetapkan fungsi tertentu berdasarkan jumlah jari bagi tetapan fungsi tersebut.

1 Jari


Bermula dengan tetapan bagi 1 jari, anda boleh menetapkan fungsi seperti tap dengan sekali sentuhan, tap 2 kali untuk multi pilihan dan lain-lain.


2 Jari


Bagi tetapan 2 jari, anda boleh menetapkan tetapan klik kanan dan tatal menggerakkan paparan skrin serta zoom membesar atau mengecilkan imej.


3 Jari


Bagi tetapan 3 jari pula, anda boleh menetapkan bagi mengawal paparan, mengaktifkan arahan tertentu dan menukar aplikasi yang sedang aktif.



Tetapan 3 jari ini akan menjadikan anda menggunakan Windows 10 dengan lebih baik dan dapat melakukan pelbagai tugas dengan cepat secara serentak.

Kapsyen: Contoh paparan bagi tetapan fungsi 3 jari Switch apps and show desktop.

4 Jari


Tetapan bagi 4 jari pula menawarkan pilihan bagi mengaktifkan arahan tertentu yang sama ditawarkan pada tetapan 3 jari.

Jadi anda boleh menetapkan arahan tambahan lain bagi gestur untuk menggunakan 4 jari.


Kesimpulan


Bagi mereka yang pertama kali menggunakan ciri ini, anda perlu membiasakannya supaya dapat menggunakan komputer riba mereka dengan lebih efisyen.

Bagi mereka yang sudah tahu tetapi jarang menggunakannya pula, anda disyorkan memanfaatkan kelebihan gestur touchpad komputer riba tersebut.

Walaubagaimanapun, ia tetap bergantung kepada keselesaan untuk anda menggunakan touchpad komputer riba tersebut.

Sebab touchpad aka trackpad terbaik hanyalah ada ditawarkan pada komputer riba MacBook Apple sahaja yang sangat selesa digunakan.

Kalau tak percaya, tanyalah pengguna Mac.