Skor Oleh 'Master Lu' Menunjukkan Kirin 9000 Mengatasi Snapdragon 865 Hampir 50 Ribu Mata

Master Lu, sebuah platform penanda aras popular dari China telah mendedahkan skor markah prestasi yang diperolehi oleh cip pemprosesan terbaru dari Huawei iaitu Kirin 9000.

Menurut Master Lu, Kirin 9000 memperoleh skor markah sebanyak 902,616 mata. Jumlah skor itu sekaligus meninggal jauh skor markah yang diperoleh Snapdragon 865 sehingga hampir 50,000 mata.

Kapsyen: Skor markah Kirin 9000 dan Snapdragon 865 menurut menurut penanda aras Mr. Lu. Kredit: My Drivers


Kirin 9000 mempunyai 8 teras dengan 1 teras prestasi Cortex-A77 (3.13GHz), 3 teras Cortex-A77 utama (2.54GHz), dan 4 teras jimat tenaga Cortex-A55 (2.05GHz).

Kuasa grafiknya pula datang dari 24 teras pemproses grafik Mali-G78.

Huawei sebelum ini mendakwa CPU Kirin 9000 mereka adalah 10% lebih pantas dengan prestasi GPU sehingga 52% lebih tinggi dari Snapdragon 865+.

Sumber: GizChina

Berkaitan