Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana matahari 2

Malaysia Bakal Alami Gerhana Matahari Hibrid, Ini 3 Lokasi Terbaik Saksikan Fenomena Ini Tahun Hadapan

Diterbitkan Jun 9, 2022 · Dikemas kini April 12, 2023 oleh ariff bukhari

Pada 1 Mei 2022 lalu, dunia telah mengalami salah satu daripada fenomena alam yang dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa.

Walaubagaimanapun, fenomena yang berlaku dari jam 02:45:13.2 dan berakhir pada 06:37:56.0 waktu Malaysia itu tidak dapat dilihat di Malaysia.

Sebaliknya ia boleh dilihat di kebanyakan bahagian tenggara Lautan Pasifik dan bahagian selatan benua Amerika Selatan.

gerhana matahari separa
Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada 1 Mei 2022 lalu. Kredit: MYSA

Tetapi berita baik untuk rakyat Malaysia pada tahun hadapan di mana kita akan berpeluang menyaksikan sendiri fenomena tersebut.

Berdasarkan  info yang dikongsikan sendiri Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, 3 lokasi terbaik bagi menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa itu yang dijangka akan berlaku pada hari Khamis, 20 April 2023 nanti adalah di Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, Sabah.

Penduduk di Semenanjung Malaysia juga akan turut sama dapat saksikan fenomena alam itu tetapi litupan gerhana hanya akan meliputi 5 hingga 15 peratus sahaja.

Fenomena tersebut akan berlaku pada waktu tengahari ketika umat islam berada di dalam Bulan Ramadhan.

Info itu dikongsikan beliau ketika berucap dalam majlis penutupan jelajah astronomi pantai timur Sabah, di Dewan Masyarakat Tawau semalam.

Beliau menjelaskan lagi, fenomena gerhana matahari yang akan berlaku tahun hadapan itu adalah sangat jarang-jarang berlaku.

Ini kerana, dunia akan alami gerhana matahari hibrid yang mungkin berlaku dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Ketika fenomena gerhana matahari hibrid, akan berlaku pada satu masa pada hari yang sama gerhana matahari penuh dan gerhana matahari cincin (anulus)

Di sinilah laluan paling akhir gerhana matahari separa.

Sumber:  Astro Awani, FB Planetarium Negara

Baca juga:

  • Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
  • HONOR Magic4 Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 1 Untuk RM3,999
  • Reaksi Awal HONOR Magic4 Pro – HONOR Buat ‘Comeback’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY