Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara semak SARA RM100

Ini Cara Semak Status Kelayakan SARA RM100 ‘One-Off’

Diterbitkan Ogos 21, 2025 · Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh Amalina Athman

Bermula hari ini, seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh menyemak status kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Seperti diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bantuan SARA secara one-off sebanyak RM100 ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos.

Bantuan tersebut boleh dibelanjakan untuk pembelian barangan asas bermula tarikh sama sehingga 31 Disember 2025.

Setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya, layak menerima bantuan ini termasuk penerima SARA sedia ada.

Cara semak status kelayakan SARA

Untuk semakan status kelayakan, pengguna boleh melayari laman rasmi SARA melalui pautan sara.gov.my dan klik pada butang “Semak Kelayakan”. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Sebagai alternatif, semakan juga boleh dibuat terus melalui pautan INI.

SARA RM100_

Bantuan ini diberikan secara automatik. Namun, jika tidak tersenarai sebagai penerima Penghargaan SARA RM100, pengguna boleh mengemukakan pertanyaan melalui e-mel [email protected].

Selain portal rasmi, penerima juga boleh memuat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menyemak baki, serta melihat senarai barangan asas yang layak dan kedai berdekatan.

Maklumat tambahan seperti panduan pembelian barangan SARA turut disediakan di portal rasmi berserta bahagian Soalan Lazim (FAQ).

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Rakyat Malaysia Umur 18 Tahun Ke Atas Akan Terima SARA RM100 'One-Off'
  • MyKad Perlu Dalam Keadaan Baik Untuk Terima RM100 SARA – JPN
  • Perincian Penyasaran Semula Subsidi RON95 Diumum Akhir September - MOF

Sumber: Kementerian Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY