Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robot Nadia

Ini Baru ‘Real Steel’, “Nadia” Mampu Bertinju Dengan Kawalan VR

Diterbitkan September 28, 2024 · Dikemas kini September 28, 2024 oleh ariff bukhari

Menerusi video terkini yang dikongsikan Institut Kognisi Manusia & Mesin (IHMC), mereka memperlihatkan robot humanoid yang dipanggil Nadia sedang berlatih tinju yang dikawal dengan menggunakan kawalan realiti maya (VR).

Video itu menunjukkan keupayaan bagaimana sistem yang canggih mereka bangunkan boleh membantu robot menyelesaikan tugas yang sukar dan praktikal.

Dalam video  pendek itu, IHMC mendemonstrasikan Nadia yang dikawal dari jauh untuk latihan tinju menggunakan VR.

Keupayaan Nadia melakukan gerakan tinju dengan tepat itu sekali gus menyerlahkan potensi robot humanoid dalam tugas dunia sebenar yang dinamik.

Ia pastinya mengingatkan kembali anda kepada filem ‘Real Steel‘ yang diterbitkan pada tahun 2011 dahulu yang mengisahkan tentang robot-robot bertinju dengan kawalan manusia dari jauh.

IHMC di laman sesawang mereka menjelaskan, Projek Nadia bertujuan untuk membangunkan robot darat yang sangat mudah alih yang boleh berfungsi dalam segala bentuk persekitaran.

IHMC menyatakan, Nadia juga boleh berguna terutamanya dalam memadam kebakaran, tindak balas bencana dan senario lain yang mungkin berbahaya bagi manusia seperti Pelupusan Senjata Letupan (EOD).

Pembangunan Nadia ini adalah hasil kerjasama IHMC  dengan Boardwalk Robotics.

Nama robot itu diambil bersempena dengan gimnas terkenal Nadia Comăneci.

Pembangunan Nadia dibiayai melalui beberapa sumber, termasuk Pejabat Penyelidikan Tentera Laut (ONR), Makmal Penyelidikan Tentera Darat (ARL), Pusat Angkasa Johnson NASA dan TARDEC.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Institute for Human & Machine Cognition 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY