Ini Adalah Senarai Rasmi Peranti Apple Yang Menyokong iOS 13

iPod touch generasi ke-6 tiada dalam senarai.


Pada awal pagi tadi telah berlangsungnya acara tahunan Apple,Worldwide Developers Conference (WWDC 2019).

Dalam acara tersebut, Apple telah mengumumkan versi terbaru iOS 13 bagi peranti iPhone dan iPod touch. Berikut adalah senarai peranti pintar Apple yang menyokong versi iOS 13:-

  • iPhone XS

  • iPhone XS Max

  • iPhone XR

  • iPhone X

  • iPhone 8

  • iPhone 8 Plus

  • iPhone 7

  • iPhone 7 Plus

  • iPhone 6s

  • iPhone 6s Plus

  • iPhone SE

  • iPod touch (Generasi ke- 7)


Versi terkini iOS ini buat masa ini masih dalam peringkat beta yang hanya boleh dimuat turun oleh para pembangun yang berdaftar dengan Apple sahaja. Bagi versi beta untuk pengguna umum pula, ia hanya boleh dimuat turun dalam bulan Julai nanti.

Versi penuhnya pula dijangka akan boleh dimuat turun oleh semua pengguna pada bulan September nanti.

iOS 13 dilengkapi dengan pelbagai ciri terbaru yang menarik dan yang paling ditunggu semestinya adalah ciri mod gelap. Selain itu Apple turut pertingkatkan privasi pengguna iPhone dengan memperkenalkan ciri terbaru bagi log masuk akaun maya dengan ‘Sign in with Apple’.

Kapsyen: Aplikasi di iOS 13 kini dengan ciri mod gelap.


Selain itu, Apple mendakwa, iOS 13 akan menjadikan peranti iOS 2x lebih pantas dari versi iOS sebelum ini. Tetapi, anda mungkin berasa hairan mengapa peranti iPad tiada dalam senarai yang menyokong iOS 13. Ini kerana iPad sudah memiliki sistem operasinya sendiri yang dikenali sebagai iPadOS.