Hari ini kita mendapat tahu rupa bentuk telefon ini yang dimuat naik oleh Pricebaba dan spesifikasi yang dibekalkan dari OnLeaks.
Pertama sekali, tahun ini tiada model Pro seperti kebiasaan. Jadi hanya model OnePlus 8T sahaja yang diperkenalkan. Namun begitu, ia masih membawakan beberapa penaiktarafan berbanding OnePlus 8 dan juga OnePlus 8 Pro.
Bermula dari hadapan, OnePlus 8T akan mempunyai skrin berukuran 6.55 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini merupakan satu naik taraf berbanding OnePlus 8 yang hanya 90Hz sahaja.
Paparan telefon juga adalah rata dan tidak melengkung seperti yang diperlihatkan dalam imej. Selain itu, ia turut mempunyai kamera swafoto punch-holeĀ pada bahagian kiri atasnya dengan sensor 32MP.
Berdasarkan sumber, OnePlus 8T hanya akan dijana oleh Snapdragon 865 dan bukannya 865+. Agak janggal kerana kebiasannya versi T menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa berbanding versi biasa.
Namun begitu, sumber lain juga ada yang mendakwa OnePlus 8T akan menggunakan Snapdragon 865+ pula. Jadi, masih belum pasti mana satu cip yang akan muncul pada telefon ini.
Dari segi memori pula, terdapat dua konfigurasi iaitu 8GB/128GB dan 12GB/256GB.
Beralih ke belakang, OnePlus 8T dimuatkan dengan modul kamera pentak berbentuk L menempatkan 4 lensa. Ia adalah dari 48MP utama, 16MP sudut lebar, 5MP makro, dan 2MP potret.
OnePlus 8T akan dimuatkan dengan 4,500mAh kapasiti bateri namun naik taraf paling besar adalah teknologi pengecasan pantas Warp Charge 65W.
Sebelum ini hanya selaju 30W sahaja yang dibekalkan untuk model-model OnePlus sebelumnya.
Dikatakan OnePlus 8T akan diumumkan pada penghujung September atau awal Oktober. Harga jualannya pula masih belum diketahui buat masa ini.
Sumber: Pricebaba, OnLeaks
Berkaitan
- Ini Mungkin OnePlus 8 Pro
- OnePlus Dijangka Akan Lancar Powerbank Dengan Pengecasan Pantas
- OnePlus 9 Pro Akan Guna Rekaan Sama Seperti OnePlus 8T Dengan Penambahan Skrin Lengkung
- OnePlus Nord Akan Datang Ke Malaysia Hujung Ogos Ini
- OnePlus Umum Dua Buah Fon Telinga Di Samping 8T - Buds Z Dan Juga Bullets Wireless Z Bass Edition
- Siri OnePlus 8 Dijual Di Malaysia Bermula RM 2899, OnePlus 8 Pro Dari RM 3699
- OnePlus Beri Amaran Kemaskini Android 11 Boleh Formatkan OnePlus 8, 8 Pro Secara Tidak Sengaja
- OnePlus Nord Terima Pilihan Warna Baharu - Special Edition Gray Ash
- OnePlus Kongsikan Koleksi Wallpaper Yang Memaparkan Rekaan Logo Baharu Mereka
- Ini Merupakan Imej Rasmi OnePlus 8 - Hadir Dengan 3 Pilihan Warna Termasuk 'Pelangi'