Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Tawar Diskaun Sehingga 25% Sepanjang Ramadan

Infinix Tawar Diskaun Sehingga 25% Sepanjang Ramadan

Diterbitkan Mac 4, 2025 · Dikemas kini Mac 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix Malaysia memperluaskan kehadirannya dengan pembukaan enam kedai baharu sempena kempen Infinix Time for Miracles Ramadan Mubarak. Langkah ini memperkukuh komitmen jenama dalam menyediakan pengalaman beli-belah lebih baik serta memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba teknologi mudah alih terbaharu mereka secara langsung.

Menjelang akhir Ramadan, Infinix akan memiliki tujuh kedai rasmi di Malaysia, termasuk yang pertama di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur yang dibuka pada November lalu. Enam lokasi baharu yang bakal dibuka adalah:

Infinix Tawar Diskaun Sehingga 25% Sepanjang Ramadan

Wilayah Tengah

  • AEON Taman Equine, Seri Kembangan – 19 Mac
  • AEON Mall Bukit Tinggi, Klang – 12 Mac

Wilayah Selatan

  • AEON Mall Bukit Indah, Johor Bahru – 15 Mac
  • AEON Mall Kulai Jaya, Kulai – 12 Mac
  • AEON Bandaraya Melaka, Melaka – 28 Mac

Wilayah Utara

  • Aman Central, Alor Setar – 6 Mac

Kedai-kedai baharu ini akan memberi lebih akses kepada pengguna untuk merasai sendiri inovasi terkini Infinix dalam kategori telefon pintar berprestasi tinggi.

Selain pembukaan kedai baharu, Infinix Malaysia turut menawarkan diskaun eksklusif sehingga 25% bagi model terpilih sepanjang Ramadan, bermula 3 Mac hingga 6 April di semua kedai Infinix dan pengedar sah.

Sebagai tambahan, Infinix turut berkolaborasi dengan Honor of Kings (HOK) bagi meraikan komuniti permainan mudah alih. Di kedai Plaza Low Yat dan Aman Central Alor Setar, pelanggan boleh mendapatkan HOK Star Card, yang bukan sahaja menawarkan ganjaran dalam permainan tetapi juga menyumbang kepada iftar bagi mereka yang memerlukan.

Menurut Tommy Xiong, Pengurus Negara Infinix Malaysia, pembukaan enam kedai baharu ini adalah langkah penting untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan membawa teknologi lebih dekat kepada rakyat Malaysia, sejajar dengan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Infinix GT 20 Pro Ada Varian Baharu, Harga RM1,149
  • Peranti Infinix Kini Diintegrasi Dengan AI DeepSeek-R1
  • Bukan Sekadar Telefon Lipat, Infinix ZERO Mini Tri-Fold Bawa Konsep Baharu

Sumber: Siaran media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY