Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix note 50s

Infinix Bakal Lancar Telefon Pintar Pertama Dengan Bau Harum

Diterbitkan April 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix akan melancarkan sebuah telefon pintar baharu di India, iaitu Infinix Note 50s 5G+, yang mempunyai teknologi unik dikenali sebagai Energizing Scent-Tech.

Teknologi ini membolehkan telefon tersebut mengeluarkan bau harum secara perlahan daripada panel belakang peranti. Ia merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai ciri sebegini.

Menurut CEO Infinix India, Anish Kapoor, teknologi ini menggunakan kapsul mikro yang mengandungi molekul wangian, disematkan pada panel belakang bertekstur kulit vegan bagi varian warna Marine Drift Blue.

Wangian ini dijangka mampu bertahan sehingga 6 bulan, namun tempoh ini bergantung kepada penggunaan serta keadaan cuaca persekitaran.

Telefon unik ini akan dilancarkan pada 18 April dengan harga di bawah Rs 20,000 (~RM1,100) di India.

Dalam perkembangan lain, Infinix sebelum ini telah melancarkan siri Note 50 yang boleh memantau kadar jantung dan oksigen darah hanya menggunakan telefon.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Peranti Infinix Kini Diintegrasi Dengan AI DeepSeek-R1
  • Bukan Sekadar Telefon Lipat, Infinix ZERO Mini Tri-Fold Bawa Konsep Baharu
  • Infinix Lancar Siri Note 50, Boleh Pantau Kadar Jantung & Oksigen Darah Guna Telefon

Sumber: digit.in

Gambar utama: digiit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY