inDrive, Aplikasi e-Panggilan Kedua Paling Banyak Dimuat Turun Di Dunia 

inDrive, platform global perkhidmatan mobiliti dan bandar dengan operasi merentasi 46 buah negara, menjadi aplikasi e-panggilan kedua paling banyak dimuat turun di dunia pada tahun 2023.

Ia merupakan pencapaian dua tahun berturut-turut, berdasarkan data.ai.

inDrive juga mencapai tonggak kejayaan penting dengan menempatkan diri sebagai aplikasi keempat paling banyak dimuat turun di seluruh dunia bagi kategori Perjalanan.

Jumlah muat turun aplikasi inDrive mencapai 66.6 juta pada tahun 2023, berdasarkan data Google Play dan App Store (iOS untuk China sahaja), menurut data.ai.

inDrive juga merupakan aplikasi e-panggilan yang paling banyak dimuat turun di 13 negara, termasuk pasaran seperti Pakistan, Colombia, Mesir, Peru, dan Maghribi, menurut data.ai.



Selepas melancarkan perkhidmatannya di beberapa buah lokasi baru, termasuk di wilayah Miami dan Florida Selatan di Amerika Syarikat pada tahun 2023, inDrive kini mula menawarkan perkhidmatan dengan motosikal elektrik di Pakistan dan Indonesia, serta mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan untuk menawarkan perkhidmatannya di Filipina dan Thailand.

Aplikasi inDrive telah dimuat turun lebih 200 juta kali dan merupakan aplikasi mobiliti kedua yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2022 dan 2023.

Selain dari perkhidmatan e-panggilan, inDrive menyediakan pelbagai perkhidmatan bandar, termasuk pengangkutan antara bandar, pengangkutan penghantaran, bantuan tugas, kurier, dan penghantaran B2B.

inDrive mula tiba di Malaysia sejak Oktober 2021 lagi. Perkhidmatan e-hailing ini tersedia di Pulau Pinang, Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh, Taiping, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu Kota Kinabalu dan banyak lagi.

Muat turun aplikasi inDrive dari Google Play dan AppStore.

{suggest}

Sumber: Siaran media inDrive

Berkaitan