Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
indriver langkawi

‘E-Hailing’ Boleh Bincang Harga, inDriver Kini Tersedia Di Langkawi

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tempoh hari, kami ada kongsikan beberapa aplikasi alternatif untuk perkhidmatan ‘e-hailing’ memandangkan ramai pengguna tidak berpuas hati dengan harga tambang ditawarkan Grab.

Salah-satunya ialah inDriver walaupun dari segi bilangan pemandu dan kawasan diliputinya masih tidak dapat menandingi Grab.

Kini, inDriver secara rasmi sudah menyediakan perkhidmatan ‘e-hailing’ mereka di Pulau Langkawi. Antara keunikan inDriver ialah pengguna boleh bertawar harga dengan pemandu sebelum sah menerimanya.

Untuk mendapatkannya, pertama sekali muat turun aplikasinya melalui Google Play Store, Apple AppStore dan Huawei AppGallery. dan kemudian daftar serta gunakan sama seperti e-hailing lain.

Buat masa ini, terdapat lebih 250 pemandu yang berdaftar dengan inDriver dan sedia berkhidmat di Langkawi.

Pemandu juga boleh menikmati bayaran perkhidmatan sifar untuk masa yang terhad, memberikan mereka peluang untuk mencuba manfaat aplikasi tersebut secara percuma.

Baca juga:

  • Pengguna Merungut Tambang Grab Mahal, Ini Jawapan Pemandu Grab
  • Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif
  • Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY