Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
usb-c lightning

India Ikut Jejak Langkah EU, Cadang Untuk Seragamkan Port Pengecasan Peranti

Diterbitkan November 17, 2022 oleh Amalina Athman

Pada Oktober lalu, Parlimen Eropah telah meluluskan peraturan yang menjadikan semua pengeluar peranti perlu menggunakan port pengecasan tunggal untuk telefon, tablet dan kamera menjelang tahun 2024.

Peraturan itu membuatkan Apple terpaksa akur dan perlu mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah (EU), yang bermakna iPhone seterusnya akan hadir dengan port USB-C, berbanding Lightning.

Terkini, India dilapor bakal mengikut jejak langkah EU dalam usaha melaksanakan penggunaan port pengecasan tunggal untuk peranti di negara itu.

Berkaitan

  • Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal, Apple Mungkin Terpaksa Akur
  • Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C
  • Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi

Melalui kenyataan media, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Pengguna, Makanan & Pengedaran Awam India, Rohit Kumar Singh berkata agensi kerajaan dan swasta yang berbeza telah mengadakan mesyuarat. Semasa mesyuarat itu, satu bentuk persetujuan bersama telah muncul dalam kalangan pihak berkepentingan mengenai penggunaan USB-C sebagai port pengecasan tunggal untuk peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan lain-lain. Juga dinyatakan,

“Further, it was deliberated that a different charging port may be adopted for feature phones.”

Sebagai tambahan, kementerian itu juga telah memutuskan untuk membentuk sub-kumpulan bagi mengkaji kebolehlaksanaan port pengecasan seragam untuk produk wearable. Sub-kumpulan itu akan merangkumi wakil daripada badan industri, institusi pendidikan dan sebagainya.

Dinyatakan, langkah itu diambil bagi menjaga kepentingan kebajikan pengguna dan pencegahan e-sisa yang boleh dielakkan.

Gambar utama: GizmoChina

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY