Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penduduk Malaysia Kini Cecah Bilangan Melebihi 33 Juta

Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia Berada Di Tahap Bahagia – DOSM

Diterbitkan Ogos 11, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Ekonomi menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia.

Ia merupakan survei julung kali dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk mengukur tahap kebahagiaan di Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Survei ini telah pun dilaksanakan bermula September hingga November 2021 lalu yang mengggunakan pendekatan isi rumah meliputi tempat kediaman terpilih di Malaysia.

Penemuan utama survei ini dipaparkan mengikut negeri, strata, jantina, kumpulan etnik, kumpulan umur, taraf perkahwinan dan pencapaian pendidikan.

Berdasarkan dapatan survei itu, prestasi skor Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia pada tahun 2021 adalah berada di tahap bahagia iaitu pada skor 6.48.

Analisis mengikut komponen menunjukkan skor indeks tertinggi yang dicatatkan adalah komponen keluarga iaitu 7.23, diikuti komponen amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75).

Komponen lain iaitu komponen penggunaan masa direkodkan pada skor 6.72, penyertaan sosial (6.46), perumahan dan alam sekitar (6.39), persekitaran kerja (6.31), pendidikan (6.30), keselamatan awam (6.28), kebudayaan (6.20), pengalaman emosi (6.15), kemudahan komunikasi (6.14) dan pendapatan (6.04).

Secara keseluruhan, kesemua 13 komponen berada di tahap bahagia antara skor 6.01 hingga 8.00.

Infografik Kebahagiaan Rakyat Malaysia

Berkaitan

  • Bandar Raya Kuching Bakal Guna Trem Swapandu Dikuasa Hidrogen Pertama Di Dunia
  • Menteri Optimis Sasar 80% Capaian 5G Di Kawasan Berpenduduk Menjelang Akhir 2023
  • Apple Alih Butang 'End Call' Dalam iOS 17, Pengguna Mungkin Akan Keliru

Sumber: DOSM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY