Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Vivo NEX 2 Terdedah, Mempunyai Tri-Kamera Utama & Dwi-Skrin

Imej Vivo NEX 2 Terdedah, Mempunyai Tri-Kamera Utama & Dwi-Skrin

Diterbitkan November 27, 2018 ยท Dikemas kini November 27, 2018 oleh Haikel Areff

Vivo NEX yang dilancarkan pada Jun lalu telah mengubah landskap telefon pintar global apabila hadir dengan skrin penuh serta rekaan kamera mekanikal. Selepas itu, beberapa pengeluar lain telah mengambil pendekatan hampir sama dalam menghasilkan peranti paparan penuh tanpa takuk.

Kini, muncul pula laporan mengenai satu imej yang dikatakan imej Vivo NEX 2(bukan nama rasmi) tertiris atas talian. Peranti tersebut dikatakan bakal dilengkapi dengan tri-kamera utama serta dwi-skrin.

Imej Vivo NEX 2 Terdedah, Mempunyai Tri-Kamera Utama & Dwi-Skrin
Sisi depan(Kredit: Weibo)
Imej Vivo NEX 2 Terdedah, Mempunyai Tri-Kamera Utama & Dwi-Skrin
Sisi belakang(Kredit: Weibo)

Ia sekaligus menjadikan Vivo NEX 2 ini sebuah peranti yang seakan-akan Nubia X. Peranti keluaran bekas anak syarikat ZTE itu hadir tanpa kamera hadapan, namun tidak dapat dipastikan samada Vivo NEX 2 ini akan memiliki ciri yang sama atau tidak.

Melihat kepada gambar di atas, sisi hadapan peranti ini hampir sama dengan generasi pertama Vivo NEX dahulu. Paparan hadapan dilaporkan mempunyai nisbah paparan 18:9 manakala paparan belakang pula bernisbah 16:9.

Bagaimanapun, peranti ini berkemungkinan besar akan kekal menggunakan cip Snapdragon 845 dan bukannya Snapdragon 8150. Vivo NEX 2 ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan hadapan.

 

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
©2026 WISER.MY