Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Rasmi Nokia 6 (video)

Imej Rasmi Nokia 6 (video)

Diterbitkan Januari 8, 2017 · Dikemas kini Januari 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Khabar angin mengenai comeback yang bakal dibuat oleh gergasi telefon suatu ketika dulu , Nokia, kini terjawab dengan sebuah video berdurasi 44 saat. Video rasmi mengenai keluaran baru Nokia ini telah dimuat naik pada akaun Weibo Nokia di China. Akaun Weibo yang dahulunya menggunakan nama “Microsoftlumia” telah ditukar  menjadi “Nokia mobile phones”.

Video rasmi yang dimuat naik itu memaparkan rekaan penuh Nokia 6 dan ia kelihatan sangat menarik. Ramai yang beranggapan nama Nokia 6 merupakan nama kod untuk model berkenaan, tetapi selepas menonton video yang tersebar itu telefon tersebut mungkin akan dipasarkan dengan Nokia 6.

Telefon berasaskan android pertama dari Nokia ini dilaporkan hadir dengan skrin paparan HD penuh 5.5 inci, diperkasa dengan  8-teras Qualcomm Snapdragon  disamping RAM 4GB. Ia turut dilengkapkan dengan storan dalaman 64 GB dan sokongan memori tambahan menerusi slot kad MikroSD. Akan beroperasi menggunakan platform Android Nougat 7.0. Kamera utama 16 megapiksel dengan sokongan PDAF dan kamera swafoto 8 megapiksel. Nokia 6 juga didatangkan dengan sokongan realiti maya dan bunyi dari Dolby Atmos.

Selain daripada itu, video itu turut memaparkan beberapa ciri menarik seperti pengimbas cap jari yang terbina pada bahagian butan Home. Kamera utama terletak dibahagian belakang beserta LED flash disamping logo NOKIA.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, model ini hanya akan dipasarkan untuk pasaran China sahaja dengan harga sekitar ~RM1100. Diharapkan Nokia dapat mempertimbang untuk memasarkan Nokia 6 ke Malaysia kerana rata-rata dari kita sangat teruja dengan keluaran syarikat gergasi itu.

Sumber: androidpure

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY