Baru-baru ini, timbul pula berita mengenai dua imej yang dipercayai panel paparan hadapan untuk model P10 tersebut. Jika dilihat pada imej itu, kelihatan sensor pengimbas cap jari akan dipasang pada butang Home yang berbentuk oblong. Difahamkan peranti itu akan menggunakan teknologi pengimbas cap jari ultrasonic sama seperti yang digunakan pada Xiaomi Mi 5S.

Huawei P10 dijangka tampil dengan skrin paparan Quad HD 5.5 inci, dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960 dengan kelajuan 2.3GHz dan bergandingan dengan RAM 4GB serta 6GB. Untuk variasi high-end, Huawei menawarkan storan dalaman sehingga 256GB. Telefon pintar ini akan beroperasi menggunakan Android Nougat 7.0.
Seminggu yang lepas, syarikat pengeluar telefon pintar berpengkalan di China ini mengumumkan 9 juta unit Huawei P9 terjual dipasaran serata dunia. Di yakini dengan keluaran P10 pada tahun hadapan dapat menyaingi penjualan model P9.

Sumber: RayArena
Berkaitan
- Jepun Mahu Bina Komputer Paling Laju Didunia
- Beli Huawei Mate 40 Pro Percuma iPhone 12
- Pemuda Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Lebih Dari 60kg Dengan Bermain Pokemon Go
- Apple Perkenal Clips - Aplikasi Menarik Untuk Edit Video
- Vivo NEX Dengan Dua Skrin Paparan Berkemungkinan Dilancar Pada 11 Disember Ini
- Permainan Tekken 7 Belum Pasti Ditawarkan Pada Konsol Switch
- Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM
- Nama Kod Bagi Telefon Pixel 2 Didedahkan Dalam Dokumen Rasmi
- PES 2017 Sudah Mula Ditawarkan Pada Platform Telefon Pintar
- Kenali Perbezaan Setiap Versi Gorilla Glass