Gambar Tertiris Huawei P10 Sudah Mula Tersebar Di Internet

Walaupun baru sahaja melancarkan Huawei Mate 9 dan Mate 9 Pro awal bulan ini, datang pula khabar angin terbaru tentang tentang model P10. Seperti yang telah diketahui, Huawei P9 dan P9 Plus mendapat sambutan yang hangat tahun ini dengan keupayaan kamera Leica yang mantap dan spesifikasi yang tinggi pada harga yang sederhana. Ianya sudah terjual hampir 10 juta unit di serata dunia dan jumlah penjualan semakin meningkat walaupun Huawei Mate 9 Pro sudah dikeluarkan. Walaupun P9 masih berbisa dipasaran, dijangkakan telefon flagship Huawei P10 akan muncul pada tahun hadapan.

Menurut sumber dari laman web Weibo beberapa hari yang lalu, peranti itu memperlihatkan persamaan dengan bentuk rekaan Huawei P9 cuma yang berbeza adalah penambahan sensor cap jari di bahagian muka depan. Hari ini, tertiris lagi satu gambar yang didakwa sebagai telefon P10 atau P10 Plus. Namun anda dapat perhatikan sensor cap jari terletak di bahagian belakang cuma yang berbeza adalah bentuknya yang sedikit berlainan berbanding siri P9.

gsmarena_001-6

Lampu flash LED juga dilihat berlainan. Ianya berbentuk bulat. Jika tidak, ianya seakan-akan menyerupai rekaan P9. Jenama Leica, dan kedudukan dwi-kamera juga adalah sama berbanding sebelum ini. Tiada lagi laporan atau khabar angin tentang spesifikasi P10 setakat ini. Walaupun begitu, ianya dijangka akan dibina dengan cipset HiSilicon Kirin 960, 6GB RAM dan storan 256GB. Ianya juga mungkin memiliki paparan skrin 5.5 inci QHD bersama Android Nougat dan EMUI  dari Huawei. Kamera pula adalah ciri yang paling menarik perhatian tentang peranti ini dan pihak kami masih belum dapat mengesahkan spesifikasi kamera peranti ini. Sama-sama kita nantikan.