iPhone 15 Pro yang akan dilancarkan September ini akan lebih mudah dibaiki kerana menggunakan casis aluminium seperti iPhone 14 (bukan Pro), menurut Mark Gurman.
Mengapa?
Hal ini kerana rekaan ini membolehkan juruteknik membuka panel belakang dan hadapan telefon dengan lebih mudah.
Untuk model-model lain seperti iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max, siri iPhone 13, siri iPhone 12, siri iPhone 11 dan siri iPhone X, pengguna hanya boleh membuka skrin hadapan jika mahu mengakses isi dalam peranti.
Bagi panel kaca belakang, kedai terpaksa menggunakan laser untuk mengewapkan (raster-vaporize) gam pada telefon kerana hasil tangan manusia tidak mampu melakukannya walaupun pelbagai digunakan, jelas iFixit. Setelah itu, barulah juruteknik boleh menghancurkan kaca tersebut namun harus berhati-hati agar tidak tidak tercedera.
Tapi untuk iPhone 14, hanya buang 2 skru di bawah, kemudian juruteknik boleh guna peralatan asas untuk buka panel kaca belakang dengan tangan tanpa perlu mesin dan sebagainya.
Bahkan, dengan tiadanya 2 skru tersebut, skrin hadapan juga boleh ditanggalkan.
iFixit memuji Apple dengan rekaan iPhone 14 dan bagi mereka, Tim Cook patut persembahkan perubahan ini semasa melancarkan model itu kerana ia suatu perkara yang besar.
Justeru, kos untuk membaiki iPhone 15 Pro nanti juga mungkin akan lebih rendah, jangka MacRumors,
Menurut portal itu, bagi penggantian panel belakang, Apple akan mengecaj pengguna $149 hingga $199 untuk iPhone 14 dan 14 Plus manakala iPhone 14 Pro dan Pro Max yang hadir dengan rekaan sukar dibuka pula bermula $499.
Mereka memberikan markah 7/10 untuk tahap kesenangan memperbaiki iPhone 14. Ia markah tertinggi untuk sebuah iPhone selepas iPhone 7.
Sumber: Mark Gurman, iFixit, MacRumors
{suggest}