Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Model iPhone 15 Pro Mungkin Tersedia Dengan Pilihan Storan Lebih Besar

Diterbitkan Ogos 7, 2023 · Dikemas kini Ogos 7, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam perkembangan terkini, model iPhone 15 Pro dilaporkan akan tersedia dengan pilihan storan maksimum 2TB.

Berkaitan

  • Model Pro Siri Apple iPhone 15 Dijangka Akan Lebih Mahal
  • Gurman: Acara iPhone 15 Dijangka Berlangsung Seawal 12 September

Menurut pemilik akaun “yeux1122” di Naver, sumbernya memberitahu model iPhone 15 Pro dan Pro Max akan tersedia dengan kapasiti storan maksimum dua kali ganda berbanding model iPhone 14 Pro.

Sebagai tambahan, satu akaun di Weibo turut mendakwa perkara yang sama, dengan menambah model Pro dijangka bermula dengan pilihan storan 256GB berbanding 128GB yang ditawarkan ketika ini.

Jika benar, ia mungkin selari dengan laporan Mark Gurman dan Jeff Pu sebelum ini yang menjangkakan model iPhone 15 Pro akan lebih mahal. Namun, terdapat kemungkinan jangkaan harga yang lebih mahal tidak berkait dengan penawaran storan dan sebaliknya hanya untuk meningkatkan pendapatan syarikat itu.

Bukan kali pertama, iPhone 14 Pro juga pernah dilaporkan bakal hadir dengan pilihan storan 2TB, namun ia tidak berlaku sedemikian.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljhv75
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljhv87

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY