Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Ini Didakwa Gambaran Sebenar Tetapan 3 Kamera Huawei P20

Imej Ini Didakwa Gambaran Sebenar Tetapan 3 Kamera Huawei P20

Diterbitkan Februari 22, 2018 ยท Dikemas kini Februari 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tinggal sebulan sahaja lagi Huawei akan memperkenalkan model baru dalam siri “P” mereka iaitu Huawei P20. Tidak seperti model lain yang menampilkan dwi kamera, Huawei P20 bakal mengetengahkan tetapan 3 kamera.

Imej ini didakwa gambaran sebenar kedudukan sistem 3 kamera tersebut dan ia diletakkan secara menegak pada panel belakang sebelah kiri.

Imej Ini Didakwa Gambaran Sebenar Tetapan 3 Kamera Huawei P20

Bermula dengan flash LED, diikuti dengan dua kamera, satu sensor yang tidak dikenal pasti dan dibawah sekali, satu kamera yang agak besar.

Gambaran ini sedikit berbeza dengan imej 3D yang disebarkan beberapa minggu lepas.

Imej Ini Didakwa Gambaran Sebenar Tetapan 3 Kamera Huawei P20

Dwi kamerayang digunakan mungkin gabungan sensor monokrom dan RGB manakala kamera ketiga tidak dapat dipastikan bagaimana ia akan beroperasi.

Walaubagaimanapun, imej yang tertiris ini belum dapat disahkan kesahihannya dan sama-sama kita tunggu sehingga pelancaran dibuat pada 27 Mac depan.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
©2026 WISER.MY